Antarabangsa
Tentera Israel label wartawan Al Jazeera di Gaza ‘pengganas’
Tentera rejim zionis Israel secara rasmi melabelkan enam wartawan Al Jazeera di Gaza sebagai “pengganas” dengan menuduh mereka mempunyai kaitan dengan Hamas dan Islamic Jihad.
- Tentera rejim zionis Israel secara rasmi melabelkan enam wartawan Al Jazeera di Gaza sebagai “pengganas” dengan menuduh mereka mempunyai kaitan dengan Hamas dan Islamic Jihad.
- Wartawan yang menjadi sasaran dakwaan rejim itu adalah Anas Sharif, Hossam Shabat, Alaa Salama, Talal Al-Arouqi, Ismail Abu Omar dan Ashraf Al-Sarraj.
- Quds News Network melaporkan tindakan itu dilakukan rejim Israel di tengah-tengah kempennya yang lebih luas terhadap wartawan Palestin di Gaza.
- Setakat ini, lebih 177 wartawan, termasuk koresponden Al Jazeera Ismail Al-Ghoul dan jurukamera Samer Abu Daqa dan Hamza Al-Dahdouh, dibunuh rejim sejak bermulanya perang genosid Israel ke atas Gaza.
- Mereka yang dibunuh Israel itu mendokumentasikan krisis kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai (genosid) berterusan di Gaza.
Tentera rejim zionis Israel secara rasmi melabelkan enam wartawan Al Jazeera di Gaza sebagai “pengganas” dengan menuduh mereka mempunyai kaitan dengan Hamas dan Islamic Jihad.
Wartawan menjadi sasaran dakwaan rejim itu adalah Anas Sharif, Hossam Shabat, Alaa Salama, Talal Al-Arouqi, Ismail Abu Omar dan Ashraf Al-Sarraj.
Quds News Network melaporkan tindakan itu dilakukan rejim Israel di tengah-tengah kempennya yang lebih luas terhadap wartawan Palestin di Gaza.
Setakat ini, lebih 177 wartawan, termasuk koresponden Al Jazeera Ismail Al-Ghoul dan jurukamera Samer Abu Daqa dan Hamza Al-Dahdouh, dibunuh rejim sejak bermulanya perang genosid Israel ke atas Gaza.
Mereka yang dibunuh Israel ini mendokumentasikan krisis kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai (genosid) berterusan di Gaza.
Israel bulan lalu menutup pejabat Al Jazeera di Ramallah, Tebing Barat, usaha yang dilihat ramai bertujuan menutup kekejamannya di wilayah Palestin yang diduduki.
Beberapa minggu kebelakangan ini, wartawan berdepan ancaman meningkat, dengan dron Israel menyasarkan wartawan yang memakai peralatan akhbar, seperti jurugambar Fadi Al-Wheidi, yang cedera semasa mendokumentasikan pemindahan orang awam berhampiran Jabaliya di utara Gaza. – The Merdeka Times