Antarabangsa
Tentera Israel enggan berkhidmat hingga perjanjian pertukaran tahanan Gaza dicapai
Lima belas lagi askar Israel enggan berkhidmat dalam tentera sehingga perjanjian pertukaran tahanan dicapai dengan rakyat Palestin, menurut media Israel dipetik Anadolu pada Rabu.
- Lima belas lagi askar Israel enggan berkhidmat dalam tentera sehingga perjanjian pertukaran tahanan dicapai dengan rakyat Palestin, menurut media Israel dipetik Anadolu pada Rabu.
- Portal berita Walla berkata askar baharu itu menyertai sejumlah 138 anggota tentera Israel yang menandatangani surat mengisytiharkan keengganan mereka berkhidmat tanpa perjanjian.
- Surat itu dihantar kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoavav Gallant, ketua tentera Herzi Halevi dan pegawai kerajaan Israel yang lain.
- “Perang di Gaza menghukum mati saudara-saudara kita dan tebusan,” demikian isi kandungan surat itu.
- Dianggarkan kira-kira 101 tawanan Israel masih ditahan Hamas di Gaza, sebahagian mereka dipercayai terbunuh dalam serangan udara Israel berterusan dan sewenang-wenangnya di seluruh wilayah konflik itu.
Lima belas lagi askar Israel enggan berkhidmat dalam tentera sehingga perjanjian pertukaran tahanan dicapai dengan rakyat Palestin, menurut media Israel dipetik Anadolu pada Rabu.
Portal berita Walla berkata askar baharu itu menyertai sejumlah 138 anggota tentera Israel yang menandatangani surat mengisytiharkan keengganan mereka berkhidmat tanpa perjanjian.
Surat itu dihantar kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoavav Gallant, ketua tentera Herzi Halevi dan pegawai kerajaan Israel yang lain.
“Perang di Gaza menghukum mati saudara-saudara kita dan tebusan,” demikian isi kandungan surat itu.
Dianggarkan kira-kira 101 tawanan Israel masih ditahan Hamas di Gaza, sebahagian mereka dipercayai terbunuh dalam serangan udara Israel berterusan dan sewenang-wenangnya di seluruh wilayah konflik itu.
Usaha pengantaraan diketuai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas telah gagal berikutan keengganan Netanyahu untuk menamatkan perang di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Lebih 42,700 warga Palestin terbunuh sejak itu, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 100,300 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times