Antarabangsa
Sky News gambarkan tentera Israel “mangsa remaja”
Sky News mencetuskan kemarahan dalam talian selepas menerbitkan berita “Israel menamakan tentera remaja terbunuh dalam serangan Hizbullah”, ketika ‘23 maut’ dalam serangan sekolah di Gaza”.
- Sky News mencetuskan kemarahan dalam talian selepas menerbitkan berita “Israel menamakan tentera remaja terbunuh dalam serangan Hizbullah”, ketika ‘23 maut’ dalam serangan sekolah di Gaza”.
- Tajuk berita pada Isnin itu menyatakan tentera rejim Israel sebagai ‘remaja” dan menyatakan mereka dibunuh Hizbullah.
- Sebaliknya, berita kematian rakyat Palestin di Gaza diletakkan dalam persoalan tanpa dijelaskan serangan di sekolah itu dilakukan tentera Israel.
- Tajuk itu masih dipaparkan pada jam 3 petang Isnin waktu Britain sementara cerita itu muncul di akaun X Sky News dengan menggambarkan tentera berkenaan sebagai “mangsa remaja” – tanpa menyebut mereka adalah tentera.
- Namun, tajuk itu kemudiannya ditukar kepada “Israel menamakan tentera yang terbunuh dalam serangan dron Hizbullah – ketika 23 terbunuh dalam serangan di sekolah Gaza,” selepas tercetusnya kecaman dalam talian.
- Pada malam Ahad, satu segmen Sky News selama lebih tiga minit menerima kritikan hebat kerana tidak menyebut serangan Hizbullah itu disasarkan atau berlaku di pangkalan tentera Israel, bukan kawasan awam.
Sky News mencetuskan kemarahan dalam talian selepas menerbitkan berita “Israel menamakan tentera remaja terbunuh dalam serangan Hizbullah”, ketika ‘23 maut’ dalam serangan sekolah di Gaza”.
Tajuk berita pada Isnin itu menyatakan tentera rejim Israel sebagai ‘remaja” dan menyatakan mereka dibunuh Hizbullah.
Sebaliknya, berita kematian rakyat Palestin di Gaza diletakkan dalam persoalan tanpa dijelaskan serangan di sekolah itu dilakukan tentera Israel.
Tajuk itu masih dipaparkan pada jam 3 petang Isnin waktu Britain sementara cerita itu muncul di akaun X Sky News dengan menggambarkan tentera berkenaan sebagai “mangsa remaja” – tanpa menyebut mereka adalah tentera.
Namun, tajuk itu kemudiannya ditukar kepada “Israel menamakan tentera yang terbunuh dalam serangan dron Hizbullah – ketika 23 terbunuh dalam serangan di sekolah Gaza,” selepas tercetusnya kecaman dalam talian.
Pada malam Ahad, satu segmen Sky News selama lebih tiga minit menerima kritikan hebat kerana tidak menyebut serangan Hizbullah itu disasarkan atau berlaku di pangkalan tentera Israel, bukan kawasan awam.
“Memperlihatkan seolah-olah Hizbullah menyerang orang awam adalah cubaan jelas untuk terus membenarkan peperangan AS-Israel di Lubnan,” kata wartawan Sana Saeed dalam hantaran di X.
Satu hantaran di X oleh The Telegraph pada Isnin juga menyebut tentera itu sebagai “tentera remaja” dan dinyatakan nama mereka.
Kritikan terhadap liputan media mengenai serangan Hizbullah tersebar dengan cepat dalam talian pada malam Ahad dan sepanjang Isnin. — The Merdeka Times