Connect with us

Antarabangsa

Siapa pengganti Yahya Sinwar?

Kematian Yahya Sinwar yang syahid terbunuh ketika bertempur dengan tentera Israel di Rafah, Gaza, pada 17 Oktober lalu menyaksikan Hamas akan melantik ketua biro politiknya yang baharu dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Moussa Abu Marzouk (kiri) & Khaled Mashaal (tengah) & Khalil al-Hayya (kanan).
  • Kematian Yahya Sinwar yang syahid terbunuh ketika bertempur dengan tentera Israel di Rafah, Gaza, pada 17 Oktober lalu menyaksikan Hamas akan melantik ketua biro politiknya yang baharu dalam masa terdekat.
  • Tiga nama berkemungkinan menggantikan Sinwar ialah Khalil al-Hayya, timbalan Sinwar berpangkalan di Qatar dan bertanggungjawab ke atas Gaza; Zaher Jibril, bertanggungjawab ke atas Tebing Barat; atau Khaled Mashaal, bertanggungjawab ke atas kawasan di luar wilayah Palestin.
  • Seorang lagi calon berpotensi adalah Moussa Abu Marzouk yang juga ahli pengasas Hamas dan ketua pertama biro politiknya.
  • Ada juga mencadangkan abang Sinwar, Mohammed Sinwar, seorang tokoh tentera utama di Gaza, untuk menggantikannya sekiranya dia masih hidup.

Kematian Yahya Sinwar yang syahid terbunuh ketika bertempur dengan tentera Israel di Rafah, Gaza, pada 17 Oktober lalu menyaksikan Hamas akan melantik ketua biro politiknya yang baharu dalam masa terdekat.

Sinwar, 62, sebelum ini menggantikan Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan di Tehran, Iran, pada 31 Julai, juga dipercayai didalangi Israel.

“Hamas tidak akan bergerak segera pada masa ini untuk memilih ketua biro politik,” kata penganalisis politik di Gaza, Thabet al-Amour, seorang penganalisis politik di Gaza dipetik agensi berita AP. 

Beliau berkata tiga nama berkemungkinan menggantikan Sinwar ialah Khalil al-Hayya, timbalan Sinwar berpangkalan di Qatar dan bertanggungjawab ke atas Gaza; Zaher Jibril, bertanggungjawab ke atas Tebing Barat; atau Khaled Mashaal, bertanggungjawab ke atas kawasan di luar wilayah Palestin.

Al-Amour berkata Hamas juga mungkin memilih pemimpin tanpa mengumumkan nama secara terbuka “atas sebab keselamatan”.

Al-Hayya dilaporkan pernah berkhidmat sebagai timbalan Sinwar dan sebagai ketua delegasi Hamas dalam rundingan gencatan senjata, dalam perang terkini dan semasa konflik sebelumnya pada 2014.

Dilihat kurang tegas berbanding Sinwar, al-Hayya adalah pegawai lama dalam Hamas dan terselamat daripada serangan udara Israel  ke atas rumahnya di Gaza pada 2007 yang membunuh beberapa ahli keluarganya.

Dalam temu bual dengan AP pada April, al-Hayya dilaporkan berkata Hamas bersedia bersetuju untuk gencatan senjata sekurang-kurangnya lima tahun dengan Israel dan jika sebuah negara Palestin merdeka diwujudkan di mengikut sempadan 1967, kumpulan itu akan membubarkan sayap tenteranya dan menjadi sebuah parti politik semata-mata.

Mashaal, yang berkhidmat sebagai ketua politik kumpulan itu dari 1996 hingga 2017, dilihat sebagai seorang agak sederhana yang mempunyai hubungan baik dengan Turki dan Qatar.

Namun hubungannya dengan Iran, Syria dan Hizbullah dikatakan bermasalah kerana sokongan Mashaal kepada pembangkang Syria dalam perang saudara di negara itu.

Seorang lagi calon berpotensi adalah Moussa Abu Marzouk yang juga ahli pengasas Hamas dan ketua pertama biro politiknya.

Ada juga mencadangkan abang Sinwar, Mohammed Sinwar, seorang tokoh tentera utama di Gaza, untuk menggantikannya sekiranya dia masih hidup. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *