Antarabangsa
Rumah Netanyahu dihentam dron Hizbullah
Kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan melancarkan roket ke utara Israel dengan satu dron menyasarkan rumah percutian Benjamin Netanyahu.
- Kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan melancarkan roket ke utara Israel dengan satu dron menyasarkan rumah percutian Benjamin Netanyahu.
- Jurucakap Netanyahu berkata satu daripada tiga dron dilancarkan dari Lubnan mengenai kediaman Perdana Menteri Israel itu di bandar Caesarea pada Sabtu.
- Bagaimanapun, Netanyahu tidak berada di kediaman itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- “Proksi Iran yang hari ini cuba membunuh saya dan isteri saya membuat kesilapan yang pahit,” kata Netanyahu dipetik Al Jazeera pada Sabtu.
- Serangan pada Sabtu berlaku sehari selepas Hizbullah mengumumkan fasa baharu dalam pertempuran dengan rejim Israel yang melakukan serangan darat di selatan Lubnan pada 1 Oktober lalu.
Kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan melancarkan roket ke utara Israel dengan satu dron menyasarkan rumah percutian Benjamin Netanyahu.
Jurucakap Netanyahu berkata satu daripada tiga dron dilancarkan dari Lubnan mengenai kediaman Perdana Menteri Israel itu di bandar Caesarea pada Sabtu.
Bagaimanapun, Netanyahu tidak berada di kediaman itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dua dron lain telah dipintas, kata tentera Israel, sambil menambah lebih 100 roket ditembak ke utara Israel dari Lubnan, membunuh seorang dan mencederakan sekurang-kurangnya 13 individu.
“Proksi Iran yang hari ini cuba membunuh saya dan isteri saya membuat kesilapan yang pahit,” kata Netanyahu dipetik Al Jazeera pada Sabtu.
Hizbullah yang bersekutu dengan Iran telah bertukar serangan dengan Israel sejak Oktober tahun lalu.
Serangan pada Sabtu berlaku sehari selepas kumpulan itu mengumumkan fasa baharu dalam pertempuran dengan rejim Israel yang melakukan serangan darat di selatan Lubnan pada 1 Oktober lalu. – The Merdeka Times