Connect with us

Antarabangsa

Pesalah rogol diberi parol 20 hari menjelang pilihan raya Haryana, India

Ketua kumpulan sekta Dera Sacha Sauda (DSS), Gurmeet Ram Rahim Singh yang disabitkan bersalah atas jenayah rogol dan bunuh dibebaskan dengan parol selama 20 hari pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua kumpulan sekta Dera Sacha Sauda (DSS), Gurmeet Ram Rahim Singh.
  • Ketua kumpulan sekta Dera Sacha Sauda (DSS), Gurmeet Ram Rahim Singh yang disabitkan bersalah atas jenayah rogol dan bunuh dibebaskan dengan parol selama 20 hari pada Rabu.
  • Muslim Mirror melaporkan kerajaan Haryana memberikan parol tersebut dengan syarat ketat melarang Singh menyertai aktiviti pilihan raya, membuat ucapan awam dan melarangnya tinggal di Haryana sepanjang tempoh parol.
  • Singh yang menjalani hukuman penjara 20 tahun atas jenayah rogol dua pengikutnya dan terlibat dalam pembunuhan seorang wartawan akan tinggal di ashram (pusat latihan rohani) Dera di Barnawa, Uttar Pradesh, India, sepanjang tempoh ini.
  • Pembebasannya berlaku serentak dengan pilihan raya Dewan Undangan Haryana dijadualkan pada Sabtu dengan keputusan dijangka diumumkan pada 8 Oktober.
  • Singh memohon parol sebelum pilihan raya dan pihak jabatan penjara mengemukakan permintaan tersebut kepada Ketua Pegawai Pilihan Raya Haryana selaras dengan Kod Etika Pilihan Raya.

Ketua kumpulan sekta Dera Sacha Sauda (DSS), Gurmeet Ram Rahim Singh yang disabitkan bersalah atas jenayah rogol dan bunuh dibebaskan dengan parol selama 20 hari pada Rabu.

Muslim Mirror melaporkan kerajaan Haryana memberikan parol tersebut dengan syarat ketat melarang Singh menyertai aktiviti pilihan raya, membuat ucapan awam dan melarangnya tinggal di Haryana sepanjang tempoh parol.

Singh yang menjalani hukuman penjara 20 tahun atas jenayah rogol dua pengikutnya dan terlibat dalam pembunuhan seorang wartawan akan tinggal di ashram (pusat latihan rohani) Dera di Barnawa, Uttar Pradesh, India, sepanjang tempoh ini.

Pembebasannya berlaku serentak dengan pilihan raya Dewan Undangan Haryana dijadualkan pada Sabtu dengan keputusan dijangka diumumkan pada 8 Oktober.

Singh memohon parol sebelum pilihan raya dan pihak jabatan penjara mengemukakan permintaan tersebut kepada Ketua Pegawai Pilihan Raya Haryana selaras dengan Kod Etika Pilihan Raya.

Waktu Parol Singh sering berlaku berdekatan pilihan raya, sekali gus mencetuskan kritikan parti pembangkang.

Awal tahun ini, dia diberikan cuti selama 21 hari pada Ogos dan cuti tiga minggu pada Februari, sebelum pilihan raya Dewan Undangan Punjab.

Selain hukuman semasa, Singh pernah disabitkan dalam kes berasingan berkaitan pembunuhan bekas pengurus kumpulannya, namun mahkamah tinggi membebaskannya disebabkan penyiasatan yang boleh dipersoalkan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *