Antarabangsa
Parlimen Iran rangka RUU kukuhkan pakatan ‘Paksi Penentangan’
Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar Parlimen Iran sedang merangka rang undang-undang (RUU) supaya Pakatan Penentangan (Axis of Resistance) menyediakan bantuan ketenteraan kepada sekutu sekiranya berlaku serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, lapor agensi berita Tasnim dipetik News.Az pada Selasa.
- Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar Parlimen Iran sedang merangka rang undang-undang (RUU) supaya Pakatan Penentangan (Axis of Resistance) menyediakan bantuan ketenteraan kepada sekutu sekiranya berlaku serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, lapor agensi berita Tasnim dipetik News.Az pada Selasa.
- “Menurut rancangan draf itu, semua negara atau gerakan pembebasan yang menjadi anggota Pakatan Penentangan (Axis of Resistance) akan diwajibkan untuk memberikan bantuan ekonomi, ketenteraan dan politik secara menyeluruh sekiranya berlaku serangan oleh rejim zionis atau AS ke atas wilayah anggota perjanjian tersebut,” kata laporan itu.
- Berdasarkan syarat pakatan, ibu pejabat operasi akan diwujudkan sekiranya berlaku serangan Israel atau AS ke atas salah satu negara anggota.
Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar Parlimen Iran sedang merangka rang undang-undang (RUU) supaya Pakatan Penentangan (Axis of Resistance) menyediakan bantuan ketenteraan kepada sekutu sekiranya berlaku serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, lapor agensi berita Tasnim dipetik News.Az pada Selasa.
“Menurut rancangan draf itu, semua negara atau gerakan pembebasan yang menjadi anggota Pakatan Penentangan (Axis of Resistance) akan diwajibkan untuk memberikan bantuan ekonomi, ketenteraan dan politik secara menyeluruh sekiranya berlaku serangan oleh rejim zionis atau AS ke atas wilayah anggota perjanjian tersebut,” kata laporan itu.
Berdasarkan syarat pakatan, ibu pejabat operasi akan diwujudkan sekiranya berlaku serangan Israel atau AS ke atas salah satu negara anggota.
Menurut agensi, tugasnya mungkin merangkumi menjalankan latihan dan penyelarasan operasi ketenteraan.
Pada masa sama, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran akan bertanggungjawab melaksanakan rancangan dan membahagikan tanggungjawab. — The Merdeka Times