Connect with us

Otomobil

(VIDEO) MPV Elektrik BYD M6 ditawarkan serendah RM109,800

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, hari ini melancarkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Elektrik, BYD M6 pada harga atas jalan tanpa insurans bermula serendah RM109,800, lapor media tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, hari ini melancarkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Elektrik, BYD M6 pada harga atas jalan tanpa insurans bermula serendah RM109,800, lapor media tempatan.
  • Manakala harga varian tertinggi bagi BYD M6 pula ditawarkan bermula daripada RM123,800.
  • MPV elektrik tujuh tempat duduk itu boleh didapati dalam empat warna iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.
  • BYD M6 ditawarkan dalam dua versi iaitu versi Standard dan Extended, masing-masing dengan jarak perjalanan 420KM dan 530KM mengikut kapasiti bateri.
  • Ia turut dilengkapi pelbagai fungsi seperti V2L membolehkan pengguna memasang peralatan elektrik pada palam 3-pin yang tersedia, paparan 12.8-inci boleh berputar dan menyokong Apple CarPlay atau Android Auto, sebuah pengecas wayarles 15W untuk telefon pintar, ruang storan 580 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat dan fungsi keselamatan pemanduan komprehensif.

KUALA LUMPUR – Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, hari ini melancarkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Elektrik, BYD M6 pada harga atas jalan tanpa insurans bermula serendah RM109,800, lapor media tempatan.

Manakala harga varian tertinggi bagi BYD M6 pula ditawarkan bermula daripada RM123,800.

MPV elektrik tujuh tempat duduk itu boleh didapati dalam empat warna iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Jeffrey Gan dalam majlis pelancarannya di Shah Alam berkata, pelancaran BYD M6 adalah pencapaian syarikat dalam perjalanan Malaysia ke arah mobiliti lestari selain menawarkan pilihan keluarga yang luas, selesa, selamat dan mesra alam dalam segmen kenderaan elektrik (EV).

Technave.com pula melaporkan BYD kekal sebagai peneraju dalam 10 EV teratas yang dijual di Malaysia.

BYD telah menjual lebih 10,000 EV di Malaysia dengan pilihan SUV, SUV kompak dan sedan seperti BYD Atto 3, BYD Dolphin dan BYD Seal. 

MPV Elektrik BYD M6 ditawarkan dalam dua versi iaitu versi Standard dan Extended.

Versi Standard mempunyai bateri 55.4 kWj yang menyediakan jarak perjalanan NEDC 420KM dengan kadar pengecasan DC 89 kW, ditambah kuasa motor elektrik 120kW yang membolehkan pecutan dari 0-100km/j dalam 10.1 saat.

Versi Extended pula menyediakan jarak perjalanan lebih jauh 530KM NEDC dengan kuasa bateri 71.8 kWj yang menyokong kadar pengecasan DC 115kW. 

Versi itu juga mempunyai motor elektrik membekalkan kuasa 150 kW yang membolehkan pecutan dari 0-100km/j dalam 8.6 saat.

MPV elektrik tujuh tempat duduk itu turut dilengkapi pelbagai fungsi seperti V2L membolehkan pengguna memasang peralatan elektrik pada palam 3-pin yang tersedia, paparan 12.8-inci boleh berputar dan menyokong Apple CarPlay atau Android Auto, sebuah pengecas wayarles 15W untuk telefon pintar, ruang storan 580 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat dan fungsi keselamatan pemanduan komprehensif. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *