Antarabangsa
Lelaki Muslim terbunuh, 17 cedera insiden berkaitan festival keagamaan Hindu
Seorang lelaki Muslim terbunuh dan 17 yang lain cedera di Kadamtala, Tripura Utara di India selepas tercetusnya pertembungan ganas susulan permintaan sumbangan untuk festival keagamaan Hindu Durga Puja pada Ahad.
- Seorang lelaki Muslim terbunuh dan 17 yang lain cedera di Kadamtala, Tripura Utara di India selepas tercetusnya pertembungan ganas susulan permintaan sumbangan untuk festival keagamaan Hindu Durga Puja pada Ahad.
- Perbalahan itu melarat dengan cepat menyebabkan tercetusnya vandalisme dan kecurian dengan beberapa kedai dibakar semasa kekacauan tersebut berlaku.
- Mangsa terbunuh dikenali sebagai Alfesani, pemilik kedai dalam lingkungan usia tiga puluhan.
- Sumber tidak dinamakan memberitahu Maktoob Media bahawa keganasan tercetus antara dua komuniti, dilaporkan selepas berlakunya perselisihan mengenai sumbangan Durga Puja.
- “Pertembungan berlaku apabila beberapa individu enggan menyumbang kepada sumbangan Durga Puja.
- “Ia melibatkan dua lelaki dan seorang wanita (semuanya Muslim) dipukul sekumpulan orang yang meminta derma sehingga berakhir dengan pertempuran masyarakat,” kata sumber itu.
Seorang lelaki Muslim terbunuh dan 17 yang lain cedera di Kadamtala, Tripura Utara di India selepas tercetusnya pertembungan ganas susulan permintaan sumbangan untuk festival keagamaan Hindu Durga Puja pada Ahad.
Perbalahan itu melarat dengan cepat menyebabkan tercetusnya vandalisme dan kecurian dengan beberapa kedai dibakar semasa kekacauan tersebut berlaku.
Mangsa terbunuh dikenali sebagai Alfesani, pemilik kedai dalam lingkungan usia tiga puluhan.
Sumber tidak dinamakan memberitahu Maktoob Media bahawa keganasan tercetus antara dua komuniti, dilaporkan selepas berlakunya perselisihan mengenai sumbangan Durga Puja.
“Pertembungan berlaku apabila beberapa individu enggan menyumbang kepada sumbangan Durga Puja.
“Ia melibatkan dua lelaki dan seorang wanita (semuanya Muslim) dipukul sekumpulan orang yang meminta derma sehingga berakhir dengan pertempuran masyarakat,” kata sumber itu.
Apabila ketegangan memuncak, polis Tripura Utara masuk campur dengan hayunan tongkat (lathi) dan akhirnya melepaskan tembakan untuk memulihkan ketenteraman.
“Seorang lelaki Muslim terbunuh semasa tembakan dan ramai yang cedera,” kata sumber.
“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk memulihkan ketenteraman tetapi Alfesani yang mempunyai kedai di pasar Kadamtala, ditembak di kepala dan terbunuh”.
Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Indian Express bahawa seseorang dilaporkan meninggal dunia dan siasatan punca kematiannya sedang dijalankan.
Sebagai respons terhadap peningkatan keganasan, menurut laporan itu, pihak berkuasa menahan lapan individu dengan dua kes berasingan didaftarkan. — The Merdeka Times