Antarabangsa
Larangan Youtube di Russia, Google didenda $204.8 octillion
- Google dikenakan denda $204.8 octillion, lebih banyak daripada jumlah wang yang pernah dibuat dunia, ekoran isu larangan YouTube di Russia.
- The Sun pada Rabu melaporkan gergasi teknologi itu telah menghabiskan masa bertahun-tahun menolak untuk memulihkan akaun pro-Kremlin dan saluran media kerajaan di Russia.
- Jumlah yang sukar dipercayai itu dikira selepas empat tahun kes mahkamah yang bermula selepas YouTube mengharamkan saluran ultranasionalis Russia, Tsargrad pada 2020 dan RIA FAN.
- Menurut sumber di RBC News, Google mula mengumpul penalti harian sekitar 100,000 rubel pada 2020 selepas saluran propaganda terbabit memenangi saman terhadap syarikat itu.
- Dilaporkan, penalti harian telah digandakan setiap minggu sejak itu, membawa kepada denda semasa secara keseluruhan menjadi $204.8 octillion.
Google dikenakan denda $204.8 octillion, lebih banyak daripada jumlah wang yang pernah dibuat dunia, ekoran isu larangan YouTube di Russia.
The Sun pada Rabu melaporkan gergasi teknologi itu telah menghabiskan masa bertahun-tahun menolak untuk memulihkan akaun pro-Kremlin dan saluran media kerajaan di Russia.
Jumlah yang sukar dipercayai itu dikira selepas empat tahun kes mahkamah yang bermula selepas YouTube mengharamkan saluran ultranasionalis Russia, Tsargrad pada 2020 dan RIA FAN.
Menurut sumber di RBC News, Google mula mengumpul penalti harian sekitar 100,000 rubel pada 2020 selepas saluran propaganda terbabit memenangi saman terhadap syarikat itu.
Dilaporkan, penalti harian telah digandakan setiap minggu sejak itu, membawa kepada denda semasa secara keseluruhan menjadi $204.8 octillion.
Pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022 tidak membantu keadaan kerana ia mengakibatkan lebih banyak saluran diharamkan.
YouTube bertindak menyekat beberapa saluran media milik kerajaan Russia kerana menyokong pencerobohan itu, menyebabkan Moscow membalas dengan denda.
Jika Google memberi Russia semua wang dihasilkan tahun ini sejak alam semesta bermula – ia hanya akan membayar hanya tiga peratus daripada jumlah denda itu, kata seorang pengguna X.
Malah Hakim Russia dilaporkan menyebut situasi aneh dengan Google “sebuah kes di mana terdapat banyak, banyak sifar”, menurut The Register merujuk kepada denda itu.
Bagaimanapun, Google tidak mungkin muflis kerana syarikat gergasi teknologi itu tidak aktif di Russia sejak 2022. – The Merdeka Times