Connect with us

Antarabangsa

Ketua PBB diisytihar “persona non grata”, diharamkan masuk Israel

Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai “persona non grata” dan mengharamkan orang nombor satu PBB itu daripada memasuki negara terbabit.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Israel, Israel Katz (kiri) & Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres (kanan).
  • Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai “persona non grata” dan mengharamkan orang nombor satu PBB itu daripada memasuki negara terbabit.
  • Menteri Luar Israel, Israel Katz pada Rabu menuduh Guterres gagal mengutuk dengan jelas serangan peluru berpandu Iran terhadap rejim Israel.
  • “Sesiapa yang tidak dapat mengutuk tegas serangan keji Iran ke atas Israel seperti dilakukan hampir semua negara di dunia, tidak layak untuk menjejakkan kaki di tanah Israel,” kata Katz di platform X.
  • Tidak lama selepas serangan peluru berpandu Iran ke arah Israel susulan serangan rejim zionis ke atas Lubnan (sekutu Iran), Guterres dilaporkan mengutuk peningkatan keganasan di rantau itu tanpa menyebut secara spesifik mengenai Iran.

Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai “persona non grata” dan mengharamkan orang nombor satu PBB itu daripada memasuki negara terbabit.

Menteri Luar Israel, Israel Katz pada Rabu menuduh Guterres gagal mengutuk dengan jelas serangan peluru berpandu Iran terhadap rejim Israel.

“Sesiapa yang tidak dapat mengutuk tegas serangan keji Iran ke atas Israel seperti dilakukan hampir semua negara di dunia, tidak layak untuk menjejakkan kaki di tanah Israel,” kata Katz di platform X.

Menteri luar rejim zionis itu juga menuduh Guterres memberi sokongan kepada “pengganas, perogol dan pembunuh” dan menyifatkan beliau sebagai “noda dalam sejarah PBB”.

Tidak lama selepas serangan peluru berpandu Iran ke arah Israel susulan serangan rejim zionis ke atas Lubnan (sekutu Iran), Guterres dilaporkan mengutuk peningkatan keganasan di rantau itu tanpa menyebut secara spesifik mengenai Iran.

“Saya mengutuk perluasan konflik Timur Tengah dengan (berlakunya) peningkatan demi peningkatan. Perkara ini mesti dihentikan. Kita sangat memerlukan gencatan senjata,” kata Guterres pada petang Selasa.

Hubungan antara Israel dan PBB dan badan antarabangsa lain mencapai tahap terendah baru-baru ini sejak rejim zionis itu melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza, Palestin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *