Connect with us

Antarabangsa

Ketua dasar Meta Israel cuba sekat kandungan Instagram pro-Palestin: Laporan

Ketua dasar Meta Israel, yang juga bekas pegawai kanan kerajaan Israel, secara peribadi mendesak penapisan akaun Instagram milik pelajar pro-Palestin yang mengambil bahagian dalam protes kampus terhadap perang genosid rejim Israel di Gaza, lapor Quds News Network.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Dasar Diaspora Yahudi Meta Israel, Jordana Cutler.
  • Ketua dasar Meta Israel, yang juga bekas pegawai kanan kerajaan Israel, secara peribadi mendesak penapisan akaun Instagram milik pelajar pro-Palestin mengambil bahagian dalam protes kampus terhadap perang genosid rejim Israel di Gaza, lapor Quds News Network.
  • Berdasarkan perbincangan dasar dalaman disemak The Intercept, Ketua Dasar Diaspora Yahudi Meta Israel, Jordana Cutler didapati menggunakan saluran peningkatan kandungan Meta menandakan (flag) untuk semakan sekurang-kurangnya empat hantaran (posting) Students for Justice in Palestine (SJP) serta kandungan lain yang menyatakan pendirian bertentangan dengan dasar luar Israel.
  • Cutler menggunakan dasar Organisasi dan Individu Berbahaya Meta, yang menghalang pengguna daripada membincangkan senarai rahsia beribu-ribu entiti yang disenaraihitamkan secara bebas, ketika menandakan hantaran (posting) berkenaan.
  • Dasar Organisasi Berbahaya Meta menyekat “memuliakan” mereka yang berada dalam senarai hitam, tetapi sepatutnya membenarkan “wacana sosial dan politik” dan “komentar”.
  • SJP adalah kumpulan yang memainkan peranan utama dalam menganjurkan protes kampus terhadap perang genosid Israel di Gaza.

Ketua dasar Meta Israel, yang juga bekas pegawai kanan kerajaan Israel, secara peribadi mendesak penapisan akaun Instagram milik pelajar pro-Palestin yang mengambil bahagian dalam protes kampus terhadap perang genosid rejim Israel di Gaza, lapor Quds News Network.

Berdasarkan perbincangan dasar dalaman disemak The Intercept, Ketua Dasar Diaspora Yahudi Meta Israel, Jordana Cutler didapati menggunakan saluran peningkatan kandungan Meta menandakan (flag) untuk semakan sekurang-kurangnya empat hantaran (posting) Students for Justice in Palestine (SJP) serta kandungan lain yang menyatakan pendirian bertentangan dengan dasar luar Israel.

SJP adalah kumpulan yang memainkan peranan utama dalam menganjurkan protes kampus terhadap perang genosid Israel di Gaza.

Cutler menggunakan dasar Organisasi dan Individu Berbahaya Meta, yang menghalang pengguna daripada membincangkan senarai rahsia beribu-ribu entiti yang disenaraihitamkan secara bebas, ketika menandakan hantaran (posting) berkenaan.

Dasar Organisasi Berbahaya Meta menyekat “memuliakan” mereka yang berada dalam senarai hitam, tetapi sepatutnya membenarkan “wacana sosial dan politik” dan “komentar”.

The Intercept melaporkan adalah tidak jelas sama ada percubaan Cutler untuk menggunakan sistem penapisan dalaman Meta berjaya atau sebaliknya, namun syarikat itu enggan menyatakan apa yang akhirnya berlaku kepada siaran ditandakan Cutler.

Realitinya, bukan keputusan Cutler sama ada kandungan ditandakan itu ditapis atau sebaliknya kerana ada pasukan lain bertanggungjawab untuk perkara itu.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap pekerja kanan yang ditugaskan mewakili kepentingan mana-mana kerajaan yang menyokong untuk menyekat kandungan pengguna yang bertentangan dengan kepentingan tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *