Antarabangsa
Israel serang pejabat TV al-Mayadeen di Beirut
Israel melakukan serangan udara ke atas pejabat rangkaian televisyen al-Mayadeen Lubnan di Beirut pada Rabu, satu lagi tindakan rejim zionis yang bertujuan menyekat media dari melaporkan kekejamannya.
- Israel melakukan serangan udara ke atas pejabat rangkaian televisyen al-Mayadeen Lubnan di Beirut pada Rabu, satu lagi tindakan rejim zionis yang bertujuan menyekat media dari melaporkan kekejamannya.
- Press TV memetik Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan udara ke atas bangunan di kejiranan Jnah itu, membunuh seorang dan mencederakan lima yang lain, termasuk seorang kanak-kanak.
- Al-Mayadeen berkata ia bernasib baik kerana telah mengosongkan bangunan itu pada Oktober lalu selepas rejim Israel meningkatkan serangan mautnya terhadap Lubnan.
- Rangkaian televisyen itu mengecam Israel kerana menyasarkan saluran media, tetapi menegaskan ia akan terus melaporkan kebenaran di tengah-tengah peningkatan konflik di rantau itu.
- Israel telah menjalankan dasar menyekat liputan media yang boleh mendedahkan kekejamannya selepas ia melancarkan perang genosid ke atas Gaza dan memperhebatkan pencerobohannya ke atas Lubnan sejak Oktober tahun lalu.
Israel melakukan serangan udara ke atas pejabat rangkaian televisyen al-Mayadeen Lubnan di Beirut pada Rabu, satu lagi tindakan rejim zionis yang bertujuan menyekat media dari melaporkan kekejamannya.
Press TV memetik Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan udara ke atas bangunan di kejiranan Jnah itu, membunuh seorang dan mencederakan lima yang lain, termasuk seorang kanak-kanak.
Al-Mayadeen berkata ia bernasib baik kerana telah mengosongkan bangunan itu pada Oktober lalu selepas rejim Israel meningkatkan serangan mautnya terhadap Lubnan.
Rangkaian televisyen itu mengecam Israel kerana menyasarkan saluran media, tetapi menegaskan ia akan terus melaporkan kebenaran di tengah-tengah peningkatan konflik di rantau itu.
Pegawai kanan gerakan penentangan Palestin Hamas, Mahmoud al-Mardawi mengutuk kekejaman itu, tetapi memuji “kerja perintis dalam mendedahkan kebenaran” dilakukan al-Mayadeen.
“Al-Mayadeen, yang merungkai naratif simpatisan zionis, adalah saluran pejuang dalam menghadapi musuh, yang cuba menutup kebenaran dan menyampaikan naratif yang mengelirukan,” katanya.
Pergerakan Mujahidin juga dilaporkan mengutuk serangan itu, menganggap ia sebagai “sebahagian daripada kempen sistematik zionis yang menyasarkan saluran media bebas”.
Sebagai sebahagian kempen menentang rangkaian media lantang itu, Israel telah mengarahkan penggantungan operasinya di wilayah Palestin yang diduduki pada November lalu, mengenal pasti ia sebagai “ancaman kepada keselamatan Israel”.
Israel telah menjalankan dasar menyekat liputan media yang boleh mendedahkan kekejamannya selepas ia melancarkan perang genosid ke atas Gaza dan memperhebatkan pencerobohannya ke atas Lubnan sejak Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times