Antarabangsa
Israel serang bank di Lubnan
Israel melakukan beberapa siri serangan udara di pinggir selatan Beirut, selatan Lubnan dan lembah Bekaa pada awal pagi Isnin, menyasarkan bangunan institusi perbankan (bank) kendalian Al-Qard Al-Hassan dikaitkan dengan Hizbullah.
- Israel melakukan beberapa siri serangan udara di pinggir selatan Beirut, selatan Lubnan dan lembah Bekaa pada awal pagi Isnin, menyasarkan bangunan institusi perbankan (bank) kendalian Al-Qard Al-Hassan dikaitkan dengan Hizbullah.
- Sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilakukan di pinggir selatan ibu kota dengan keseluruhan bangunan runtuh di kawasan kejiranan Chiyah.
- “Mereka membedil bangunan kosong di kawasan perumahan dan memusnahkan kawasan kejiranan di sekitarnya. Ini bukan pusat tentera atau simpanan senjata,” kata datuk bandar perbandaran Ghobeiry di pinggir selatan Beirut, Ma’an Khalil dipetik The Guardian pada Isnin.
Israel melakukan beberapa siri serangan udara di pinggir selatan Beirut, selatan Lubnan dan lembah Bekaa pada awal pagi Isnin, menyasarkan bangunan institusi perbankan (bank) kendalian Al-Qard Al-Hassan dikaitkan dengan Hizbullah.
Sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilakukan di pinggir selatan ibu kota dengan keseluruhan bangunan runtuh di kawasan kejiranan Chiyah.
Sebuah bangunan berhampiran dengan satu-satunya lapangan terbang komersial di Lubnan turut dibedil dengan rakaman video menunjukkan kepulan asap berkepul-kepul, manakala sebuah pesawat berhampiran duduk di atas landasan.
“Mereka membedil bangunan kosong di kawasan perumahan dan memusnahkan kawasan kejiranan di sekitarnya. Ini bukan pusat tentera atau simpanan senjata,” kata datuk bandar perbandaran Ghobeiry di pinggir selatan Beirut, Ma’an Khalil dipetik The Guardian pada Isnin.
Utusan Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein tiba di Beirut beberapa jam selepas serangan itu.
Hochstein dijadualkan bertemu dengan Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri dan Perdana Menteri sementara negara itu, Najib Mikati bagi membincangkan cara ke arah gencatan senjata. – The Merdeka Times