Connect with us

Antarabangsa

Israel kempen iklan beli rumah di Lubnan

Satu imej kempen promosi menggalakkan pembelian rumah di Lubnan diedarkan sekitar Israel selepas pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pada Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar iklan promosi menggalakkan pembelian rumah di Lubnan diedarkan sekitar Israel.
  • Satu imej kempen promosi menggalakkan pembelian rumah di Lubnan diedarkan sekitar Israel selepas pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pada Jumaat lalu.
  • Iklan itu menanyakan keinginan orang ramai untuk memiliki kediaman di kawasan sempadan Lubnan setelah serangan dan pembunuhan beberapa pimpinan kumpulan tempatan negara itu, lapor MTV Lebanon News.
  • “Selepas penghapusan pimpinan tertinggi Hizbullah, termasuk Nasrallah, selepas serangan hebat letupan peranti, adakah anda juga bermimpi memiliki rumah besar, pemandangan gunung bersalji dan komuniti mesra di tanah nenek moyang kita, suku Asher dan Naftali? Kita berjarak hanya satu keputusan strategik sahaja daripada merealisasikan impian ini – untuk terus menghancurkan selatan Lubnan dan tidak membiarkan penduduknya kembali. Bantu ia menjadi kenyataan, sertailah kami,” kata kenyataan dalam poster iklan itu.

Satu imej kempen promosi menggalakkan pembelian rumah di Lubnan diedarkan sekitar Israel selepas pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pada Jumaat lalu.

Iklan itu menanyakan keinginan orang ramai untuk memiliki kediaman di kawasan sempadan Lubnan setelah serangan dan pembunuhan beberapa pimpinan kumpulan tempatan negara itu, lapor MTV Lebanon News.

“Selepas penghapusan pimpinan tertinggi Hizbullah, termasuk Nasrallah, selepas serangan hebat letupan peranti, adakah anda juga bermimpi memiliki rumah besar, pemandangan gunung bersalji dan komuniti mesra di tanah nenek moyang kita, suku Asher dan Naftali?

“Kita berjarak hanya satu keputusan strategik sahaja daripada merealisasikan impian ini – untuk terus menghancurkan selatan Lubnan dan tidak membiarkan penduduknya kembali. Bantu ia menjadi kenyataan, sertailah kami,” kata kenyataan dalam poster iklan itu.

Iklan itu muncul di tengah-tengah laporan tentera Israel sedang memuktamadkan persiapan pencerobohan darat ke Lubnan berikutan desakan daripada pegawai komando utara untuk memulakan operasi berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *