Connect with us

Antarabangsa

Israel guna fosforus putih ke atas pengaman PBB di Lubnan

Tentera rejim Israel disyaki menggunakan fosforus putih dalam jarak cukup dekat untuk mencederakan 15 anggota pasukan pengaman ketika ia secara paksa memasuki pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim Israel disyaki menggunakan fosforus putih dalam jarak cukup dekat untuk mencederakan 15 anggota pasukan pengaman ketika ia secara paksa memasuki pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan.
  • Middle East Eye melaporkan demikian dengan memetik laporan The Financial Times pada Selasa yang memetik laporan sulit dari negara yang menyediakan pasukan pengaman ke Lubnan.
  • Laporan itu memperincikan sekitar sedozen serangan dilancarkan ke atas tentera pengaman PBB di Lubnan, termasuk merosakkan beberapa kemudahan dan mencederakan tentera di pos sempadan di selatan Lubnan.
  • Insiden dilaporkan berlaku pada 13 Oktober lalu ketika UNIFIL memaklumkan dua kereta kebal Merkava Israel melanggar pintu salah satu pangkalannya.
  • Sejam selepas kereta kebal itu beredar, beberapa das tembakan dilepaskan 100 meter di utara pangkalan UNIFIL, dan peluru itu mengeluarkan asap yang disyaki fosforus putih, mencederakan 15 anggota pasukan pengaman.
  • UNIFIL berkata anggotanya dirawat kerana kerengsaan kulit dan reaksi gastrousus.

Tentera rejim Israel disyaki menggunakan fosforus putih dalam jarak cukup dekat untuk mencederakan 15 anggota pasukan pengaman ketika ia secara paksa memasuki pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan.

Middle East Eye melaporkan demikian dengan memetik laporan The Financial Times pada Selasa yang memetik laporan sulit dari negara yang menyediakan pasukan pengaman ke Lubnan.

Laporan itu memperincikan sekitar sedozen serangan dilancarkan ke atas tentera pengaman PBB di Lubnan, termasuk merosakkan beberapa kemudahan dan mencederakan tentera di pos sempadan di selatan Lubnan.

Insiden dilaporkan berlaku pada 13 Oktober lalu ketika UNIFIL memaklumkan dua kereta kebal Merkava Israel melanggar pintu salah satu pangkalannya.

Dalam laporan itu, The Financial Times tidak menyatakan di mana insiden itu berlaku, tetapi pada hari sama, dua kereta kebal dilaporkan telah melanggar tiang pangkalan UNIFIL di Ramya, sebuah bandar di selatan Lubnan. 

UNIFIL berkata anggotanya dirawat kerana kerengsaan kulit dan reaksi gastrousus.

Sejam selepas kereta kebal itu beredar, beberapa das tembakan dilepaskan 100 meter di utara pangkalan UNIFIL, dan peluru itu mengeluarkan asap yang disyaki fosforus putih, mencederakan 15 anggota pasukan pengaman.

Tentera Israel berkata salah satu kereta kebalnya berundur “beberapa meter” ke pintu pagar UNIFIL, mendakwa ia hanya cuba memindahkan tentera yang cedera.

Tentera rejim Israel mendakwa ‘asap itu’ (smoke screen) bertujuan memberi perlindungan.

Rakaman video mula beredar dalam talian yang kelihatan menunjukkan penggunaan peluru fosforus putih oleh Israel sejurus selepas Israel melancarkan serangan darat ke atas Lubnan pada 1 Oktober lalu.

Fosforus putih ialah bahan kimia pembakar yang menyala apabila bersentuhan dengan udara dan boleh menyebabkan lecuran teruk pada kulit atau struktur bersentuhan dengannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *