Antarabangsa
Israel dakwa bunuh pengganti Nasrallah, Hashem Safieddine di Dahiyeh
Tentera Israel mengesahkan pembunuhan bakal pemimpin Hizbullah seterusnya dalam serangan udara di selatan Beirut pada awal Oktober, lapor The Guardian.
- Tentera Israel mengesahkan pembunuhan bakal pemimpin Hizbullah seterusnya dalam serangan udara di selatan Beirut pada awal Oktober, lapor The Guardian.
- Dalam kenyataan pada petang Selasa, tentera Israel berkata serangan di pinggir bandar Dahiyeh telah membunuh Hashem Safieddine dan Ali Hussein Hazima, ketua cawangan risikan kumpulan militan itu, tiga minggu lalu.
- Ia adalah kali pertama Israel mengesahkan pembunuhan pegawai politik paling kanan Hizbullah selepas pembunuhan setiausaha agungnya, Hassan Nasrallah di ibu pejabat kumpulan itu di Lubnan pada 27 September lalu.
- Hizbullah bagaimanapun belum mengulas kenyataan Israel tentang pembunuhan pemimpinnya itu.
Tentera Israel mengesahkan pembunuhan bakal pemimpin Hizbullah seterusnya dalam serangan udara di selatan Beirut pada awal Oktober, lapor The Guardian.
Dalam kenyataan pada petang Selasa, tentera Israel berkata serangan di pinggir bandar Dahiyeh telah membunuh Hashem Safieddine dan Ali Hussein Hazima, ketua cawangan risikan kumpulan militan itu, tiga minggu lalu.
Ia adalah kali pertama Israel mengesahkan pembunuhan pegawai politik paling kanan Hizbullah selepas pembunuhan setiausaha agungnya, Hassan Nasrallah di ibu pejabat kumpulan itu di Lubnan pada 27 September lalu.
Hizbullah bagaimanapun belum mengulas kenyataan Israel tentang pembunuhan pemimpinnya itu.
Safieddine ialah ketua badan pembuat keputusan politik tertinggi Hizbullah, majlis eksekutif, dilaporkan telah dipilih sebagai pengganti Nasrallah beberapa tahun lalu.
Nasibnya tidak diketahui selepas serangan Israel ke atas Dahiyeh pada 3 Oktober lalu, yang menurut Israel menyasarkan kubu bawah tanah di mana pemimpin kanan itu berada.
Dengan pembunuhan Safieddine, hanya Naim Qassem, timbalan setiausaha agung Hizbullah, kekal daripada kepimpinan kanan Hizbullah yang berdepan dan dikenali umum.
Qassem telah menjadi wajah kumpulan itu sejak pembunuhan Nasrallah, tetapi dia tidak menikmati populariti yang sama di kalangan penyokong Hizbullah seperti dimiliki mendiang setiausaha agung. – The Merdeka Times