Antarabangsa
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza
Puluhan ribu orang turun ke jalanan di bandar-bandar utama di seluruh dunia untuk mengecam operasi ketenteraan rejim Israel di Gaza dengan lanjutan perang di wilayah Palestin itu kini mencecah setahun.
- Puluhan ribu orang turun ke jalanan di bandar-bandar utama di seluruh dunia untuk mengecam operasi ketenteraan rejim Israel di Gaza dengan lanjutan perang di wilayah Palestin itu kini mencecah setahun.
- Di ibu kota Indonesia, Jakarta, lebih 1,000 penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menuntut Washington, pembekal ketenteraan utama dan sekutu Israel, menghentikan penghantaran senjata ke Israel.
- Di Filipina, puluhan aktivis sayap kiri mengadakan protes berhampiran Kedutaan AS di Manila, di mana pihak polis menghalang mereka daripada mendekati kompleks tepi laut itu.
- Di Cape Town, Afrika Selatan, ratusan orang berjalan ke parlimen sambil melaungkan: “Israel adalah negara perkauman!” dan “Kita semua adalah rakyat Palestin!”.
- Di Caracas, ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Venezuela sambil membawa bendera besar Palestin.
- Mereka menyerahkan petisyen kepada PBB menuntut penamatan “pembunuhan beramai-ramai” terhadap rakyat Palestin.
Puluhan ribu orang turun ke jalanan di bandar-bandar utama di seluruh dunia untuk mengecam operasi ketenteraan rejim Israel di Gaza dengan lanjutan perang di wilayah Palestin itu kini mencecah setahun.
Di ibu kota Indonesia, Jakarta, lebih 1,000 penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menuntut Washington, pembekal ketenteraan utama dan sekutu Israel, menghentikan penghantaran senjata ke Israel.
“Kami merayu hati budi semua pemimpin dunia untuk bangkit dan bergerak bagi membebaskan mereka (rakyat Palestin) daripada penindasan dilakukan Israel,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Al Jazeera pada Ahad.
“Ini bukan lagi isu agama tetapi benar-benar isu kemanusiaan – bukan sahaja untuk umat Islam tetapi semua yang mengaku sebagai manusia,” kata seorang lagi penunjuk perasaan, menggendong anaknya di bahu sambil membawa bendera Palestin.
Di Filipina, puluhan aktivis sayap kiri mengadakan protes berhampiran Kedutaan AS di Manila, di mana pihak polis menghalang mereka daripada mendekati kompleks tepi laut itu.
Di Cape Town, Afrika Selatan, ratusan orang berjalan ke parlimen sambil melaungkan: “Israel adalah negara perkauman!” dan “Kita semua adalah rakyat Palestin!”.
Perarakan pro-Gaza juga dijadualkan pada Sabtu di Johannesburg dan Durban.
Di Caracas, ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Venezuela sambil membawa bendera besar Palestin.
Mereka menyerahkan petisyen kepada PBB menuntut penamatan “pembunuhan beramai-ramai” terhadap rakyat Palestin.
Perang di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023 apabila Hamas melancarkan serangan balas mengejut ke atas Israel, mengorbankan 1,139 orang dan menawan lebih 200 individu, menurut pihak berkuasa Israel.
Serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah membunuh hampir 42,000 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Perang di wilayah terkepung itu menyebabkan hampir semua 2.3 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal, terdedah kepada kelaparan dan penyakit menyebabkan tuduhan genosid terhadap Israel oleh beberapa negara di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). — The Merdeka Times