Connect with us

Antarabangsa

Enam maut insiden “serangan trak” di Tel Aviv

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sebuah trak bertembung dengan perhentian bas di utara Tel Aviv pada Ahad, mencederakan berpuluh-puluh individu, kata pihak berkuasa Israel. 

CNBC memetik media Israel melaporkan sekurang-kurangnya enam peneroka Israel telah meninggal dunia dan berpuluh-puluh cedera berikutan “serangan kenderaan” di persimpangan Glilot di pinggir Tel Aviv.

Laporan awal mencadangkan sebuah trak melanggar perhentian bas berhampiran persimpangan dan polis menyiasat insiden itu.

Laporan seterusnya menunjukkan trak itu melanggar sejumlah besar askar Israel berhampiran pangkalan tentera di Giladi, meningkatkan kebimbangan mengenai insiden itu.

Pemandu trak, dipercayai warga Palestin berasal dari utara Tel Aviv, dilaporkan mati ditembak ditempat kejadian.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangya 40 orang cedera, termasuk 10 kritikal, dalam insiden di perhentian bas berdekatan dengan pangkalan tentera Israel itu.

Foto dan video telah tular di media sosial menunjukkan beberapa orang tersekat di bawah trak ketika pasukan perubatan dan penyelamat cuba menyelamatkan mereka.

Polis dilihat mengawal kawasan itu ketika helikopter berlegar di ruang udara memantau keadaan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan di Aharon Yariv Boulevard di Ramat Hasharon. 

Laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 16 individu dihantar ke hospital berdekatan dengan perkhidmatan kecemasan turut mengesahkan beberapa kes kecederaan. 

Insiden itu berlaku ketika rejim Israel meneruskan perang genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza, menyaksikan lebih 42,00 terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 100,000 cedera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *