Antarabangsa
Burger Quarter Pounders McDonald’s cetus wabak E. coli di AS
Sekurang-kurangnya 49 kes wabak E. coli, termasuk satu kematian, dikaitkan dengan burger Quarter Pounders McDonald’s di 10 negeri di Amerika Syarikat (AS), lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
- Sekurang-kurangnya 49 kes wabak E. coli, termasuk satu kematian, dikaitkan dengan burger Quarter Pounders McDonald’s di 10 negeri di Amerika Syarikat (AS), lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
- CDC pada Selasa mengeluarkan amaran keselamatan bahawa berpuluh-puluh orang melaporkan telah makan Quarter Pounder di McDonald’s sebelum mereka jatuh sakit.
- Ramuan tertentu belum disahkan sebagai punca wabak itu.
- Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mengatakan bawang cincang atau daging lembu (beef patties) pada Quarter Pounder adalah kemungkinan sumber pencemaran itu.
- Menurut CDC, kes wabak E. coli itu masih disiasat sejak Selasa dengan data terkini menunjukkan 10 individu dimasukkan ke hospital dan seorang maut.
Sekurang-kurangnya 49 kes wabak E. coli, termasuk satu kematian, dikaitkan dengan burger Quarter Pounders McDonald’s di 10 negeri di Amerika Syarikat (AS), lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
CDC pada Selasa mengeluarkan amaran keselamatan bahawa berpuluh-puluh orang melaporkan telah makan Quarter Pounder di McDonald’s sebelum mereka jatuh sakit.
Ramuan tertentu belum disahkan sebagai punca wabak itu.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mengatakan bawang cincang atau daging lembu (beef patties) pada Quarter Pounder adalah kemungkinan sumber pencemaran itu.
Menurut CDC, kes wabak E. coli itu masih disiasat sejak Selasa dengan data terkini menunjukkan 10 individu dimasukkan ke hospital dan seorang maut.
CDC berkata McDonald’s telah mengeluarkan Quarter Pounders daripada menu di kira-kira satu perlima daripada kedainya.
Syarikat rangkaian makanan segera itu juga telah berhenti menggunakan bawang serta daging lembu (beef paties) suku paun di beberapa negeri – Colorado, Kansas, Utah dan Wyoming, serta bahagian Idaho, Iowa, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, New Mexico dan Oklahoma – manakala siasatan diteruskan, kata CDC dipetik CNN.
Escherichia coli, atau E. coli, adalah bakteria biasa, tetapi jenis tertentu boleh membuat individu dijangkitinya sakit.
Jangkitan boleh berlaku selepas seseorang menelan bakteria, selalunya apabila mengambil makanan atau air tercemar selain boleh merebak dari orang ke orang melalui kebersihan bilik mandi yang buruk.
Individu dijangkiti E. coli mungkin mengalami gejala, termasuk kekejangan perut yang teruk, cirit-birit, demam dan muntah di mana gejala biasanya bermula tiga atau empat hari selepas menelan bakteria. – The Merdeka Times