Connect with us

Antarabangsa

AS belanja RM76.8 bilion untuk bantuan ketenteraan Israel

Amerika Syarikat (AS) membelanjakan sekurang-kurangnya $17.9 bilion (RM76.83 bilion) untuk bantuan ketenteraan kepada Israel sejak bermulanya perang di Gaza yang membawa kepada peningkatan konflik di Timur Tengah, demikian laporan projek Costs of War Universiti Brown.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) membelanjakan sekurang-kurangnya $17.9 bilion (RM76.83 bilion) untuk bantuan ketenteraan kepada Israel sejak bermulanya perang di Gaza yang membawa kepada peningkatan konflik di Timur Tengah, demikian laporan projek Costs of War Universiti Brown.
  • Laporan kos perang itu dikeluarkan sempena ulang tahun serangan balas rentas sempadan Hamas ke atas Israel.
  • Tambahan $4.86 bilion (RM20.86 bilion) digunakan untuk meningkatkan operasi ketenteraan AS di rantau itu sejak serangan 7 Oktober 2023, menurut penyelidik dalam dapatan pertama mereka diberikan kepada The Associated Press dipetik The Independent pada Selasa.
  • Kos kewangan itu dihitung Profesor di Harvard John F. Kennedy School of Government, Linda J. Bilmes yang menilai kos penuh peperangan AS sejak serangan 11 September 2001 bersama rakan penyelidiknya, William D. Hartung dan Stephen Semler.

Amerika Syarikat (AS) membelanjakan sekurang-kurangnya $17.9 bilion (RM76.83 bilion) untuk bantuan ketenteraan kepada Israel sejak bermulanya perang di Gaza yang membawa kepada peningkatan konflik di Timur Tengah, demikian laporan projek Costs of War Universiti Brown.

Laporan kos perang itu dikeluarkan sempena ulang tahun serangan balas rentas sempadan Hamas ke atas Israel.

Tambahan $4.86 bilion (RM20.86 bilion) digunakan untuk meningkatkan operasi ketenteraan AS di rantau itu sejak serangan 7 Oktober 2023, menurut penyelidik dalam dapatan pertama mereka diberikan kepada The Associated Press dipetik The Independent pada Selasa.

Ini termasuk kos kempen Tentera Laut untuk menghentikan serangan ke atas perkapalan komersial oleh kumpulan Houthi di Yaman yang melakukannya sebagai tanda solidariti dengan Hamas yang turut disokong Iran.

Laporan yang disiapkan sebelum Israel membuka medan kedua menentang militan Hizbullah di Lubnan pada akhir September itu adalah anggaran awal kos AS ketika pentadbiran Biden menyokong Israel dalam konflik di Gaza dan Lubnan serta usaha mengekang permusuhan kumpulan bersenjata sekutu Iran di rantau itu.

Kos kewangan itu dihitung Profesor di Harvard John F. Kennedy School of Government, Linda J. Bilmes yang menilai kos penuh peperangan AS sejak serangan 11 September 2001 bersama rakan penyelidiknya, William D. Hartung dan Stephen Semler. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *