Connect with us

Terkini

22 individu termasuk CEO GISBH didakwa ahli jenayah terancang

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali
  • Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
  • Turut didakwa anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmimi bersama 19 individu lain.
  • 13 lelaki dan sembilan wanita itu menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
  • Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Turut didakwa anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmimi bersama 19 individu lain.

Individu lain yang didakwa ialah Mohd Shukri Mohd Noor, Muhammad Afdaluddin Latif, Mohamad Sayuti Omar, Mohd Fazil Md Jasin, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, Mokhtar Tajuddin, Muhammad Fajrul Islam Khalid, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, Shuhaimi Mohamed, Hasnan Abd Hamid dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri.

Turut dituduh ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, Nur Jannah Omar, Hamimah Yakub, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, Nurul Jannah Idris, Siti Salmiah Ismail, Siti Hajar Ismail dan Mahani Kasim.

Tiga belas lelaki dan sembilan wanita itu menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. — BERNAMA

Author