Connect with us

Terkini

Wakil agama diminta manfaatkan biro JK HARMONI selesai isu keharmonian agama

Semua wakil agama diminta memanfaatkan tiga biro di bawah Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI) dalam mencari solusi dan penyelesaian kepada isu-isu berhubung keharmonian antara penganut agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
  • Semua wakil agama diminta memanfaatkan tiga biro di bawah Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI) dalam mencari solusi dan penyelesaian kepada isu-isu berhubung keharmonian antara penganut agama.
  • Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata tiga biro itu telah ditubuhkan dalam Mesyuarat JK Harmoni dikendalikan bersama kementeriannya dan JAKIM untuk memastikan gerak kerja yang lebih efektif dalam melaksanakan inisiatif keharmonian antara agama di Malaysia.
  • “Salah satu biro adalah Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang memberi tumpuan merungkai isu-isu dan konflik berkaitan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan berpotensi mengancam perpaduan dan kesejahteraan.
  • “Ia menjadikan mediasi sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi tujuan pendamaian atau menyelesaikan apa-apa pertikaian dan perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama dan bangsa,” katanya menerusi siaran media pada Khamis.
  • Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu MCCBCHST yang sebelum ini dilaporkan membantah cadangan menempatkan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan yang didakwa berpotensi menjejaskan jaminan Perlembagaan, termasuk hak asasi dilindungi Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas Perlembagaan.

KUALA LUMPUR — Semua wakil agama diminta memanfaatkan tiga biro di bawah Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI) dalam mencari solusi dan penyelesaian kepada isu-isu berhubung keharmonian antara penganut agama.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata tiga biro itu telah ditubuhkan dalam Mesyuarat JK Harmoni dikendalikan bersama kementeriannya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan gerak kerja yang lebih efektif dalam melaksanakan inisiatif keharmonian antara agama di Malaysia.

“Salah satu biro adalah Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang memberi tumpuan dalam usaha merungkai isu-isu dan konflik berkaitan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berpotensi mengancam perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

“Ia menjadikan mediasi sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi tujuan pendamaian atau menyelesaikan apa-apa pertikaian dan perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama dan bangsa,” katanya menerusi siaran media di sini pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) yang sebelum ini dilaporkan membantah cadangan menempatkan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan yang didakwa berpotensi menjejaskan jaminan Perlembagaan, termasuk hak asasi dilindungi Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas Perlembagaan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil pada Selasa dilaporkan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Aaron dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar  bertemu MCCBCHST dalam masa terdekat.

Ia bagi mengurus isu penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan dengan baik tanpa wujud salah faham, selain menyatakan pendirian kerajaan terutama penjelasan bagi isu sama telah dibuat pada 7 Ogos lalu.

Pertemuan antara Na’im dan MCCBCHST dijadual diadakan hari ini.

Sementara itu, Aaron berkata Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa bersedia untuk menyediakan perkhidmatan Mediator Komuniti dalam mengurus isu-isu perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

“Kementerian telah melantik 562 orang Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat yang dikenali dalam membendung dan mengurus isu-isu perpaduan atau konflik sosial di peringkat komuniti.

“Walaupun wujud perbezaan daripada kepelbagaian yang menjadi cabaran dalam mengukuhkan perpaduan, namun jika ianya diuruskan dengan baik, kepelbagaian ini menjadi kekuatan negara dalam membentuk Malaysia MADANI yang harmoni dan bersatu-padu,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *