Video
(VIDEO) Tolak penyelarasan silibus BM: Ibu bapa patut halang NGO Cina bodohkan anak-anak mereka
Ibu bapa berbangsa Cina diingatkan supaya tidak membiarkan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina terus memperbodohkan anak-anak mereka dengan menolak inisiatif kerajaan untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) di sekolah vernakular (SJKC).
- Ibu bapa berbangsa Cina diingatkan supaya tidak membiarkan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina terus memperbodohkan anak-anak mereka dengan menolak inisiatif kerajaan menyelaraskan silibus Bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) di sekolah vernakular (SJKC).
- Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari berkata, tindakan NGO Cina itu seolah-olah satu tindakan menggambarkan anak-anak Cina sebagai selekeh kerana dianggap tidak perlu mempelajari bahasa kebangsaan dengan baik.
- “Ibu-bapa di peringkat sekolah-sekolah Cina ini, saya nak ingatkan anda, jangan benarkan NGO-NGO cina ini, untuk membodohkan anak-anak kita daripada sekolah rendah lagi.
- “Seolah-olah anak cina ini selekeh, tak perlu belajar Bahasa Melayu dengan baik, adakah ini yang semua keluarga Cina minta?” katanya pada sidang media khas “Isu 9 Institusi Pendidikan Cina Tolak Penyelarasan Silibus Bahasa Melayu Sekolah Rendah Vernakular” di sebuah hotel di sini, hari ini.
- Menjawab pertanyaan The Merdeka Times berkenaan saranan menyelesaikan isu itu selain desakan menyekat peruntukan kerajaan, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali menyarankan sekolah terbabit ditutup kerana adanya elemen penolakan yang jelas terhadap perpaduan, bahasa kebangsaan dan usaha kerajaan serta ‘peminggiran’ bahasa dan masyarakat Melayu yang ketara.
- “Jadi isu ini perlu ditangani, kalau perlu, tutup sekolah yang menentang segala bentuk usaha kerajaan nak memperkasakan bahasa kebangsaan, nak memperkasakan perpaduan, tidak mahu dilayan? Apa guna wujud dalam negara ni? Wajar tutup!” kata Syed Hassan.
- Minggu lalu, media vernakular tempatan melaporkan sembilan institusi pendidikan Cina sebulat suara menolak inisiatif KPM untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.
KUALA LUMPUR – Ibu bapa berbangsa Cina diingatkan supaya tidak membiarkan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina terus memperbodohkan anak-anak mereka dengan menolak inisiatif kerajaan untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu (bahasa kebangsaan) di sekolah vernakular (SJKC).
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari berkata, tindakan NGO Cina itu seolah-olah satu tindakan menggambarkan anak-anak Cina sebagai selekeh kerana dianggap tidak perlu mempelajari bahasa kebangsaan dengan baik.
Beliau berkata perkara itu juga adalah satu hal yang pelik jika ia merupakan hasrat semua keluarga berbangsa Cina di negara ini.
“Ibu-bapa di peringkat sekolah-sekolah Cina ini, saya nak ingatkan anda, jangan benarkan NGO-NGO cina ini, untuk membodohkan anak-anak kita daripada sekolah rendah lagi.
“Seolah-olah anak cina ini selekeh, tak perlu belajar Bahasa Melayu dengan baik, adakah ini yang semua keluarga Cina minta?” katanya pada sidang media khas “Isu 9 Institusi Pendidikan Cina Tolak Penyelarasan Silibus Bahasa Melayu Sekolah Rendah Vernakular” di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mohd Nor Izzat turut mempersoalkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang masih tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, sementara seorang bekas timbalan menteri pula mengakui dan menolak subjek Bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah terbabit.
“Jadi saya sangat hairan terhadap perkara ini dan saya berharap, KPM ya, sampai hari ini KPM, daripada Menteri Pendidikan sendiri pun masih lagi gagal mengeluarkan kenyataan.
“Dan akhirnya bekas menteri, Timbalan Menteri Pendidikan MCA mengakui, termasuk daripada parti Gerakan, menyokong usaha menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga menolak sebagai penyelarasan dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah,” kata Mohd Nor Izzat.
Menjawab pertanyaan The Merdeka Times berkenaan saranan menyelesaikan isu itu selain desakan menyekat peruntukan kerajaan, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali menyarankan sekolah terbabit ditutup kerana adanya elemen penolakan yang jelas terhadap perpaduan, bahasa kebangsaan dan usaha kerajaan serta ‘peminggiran’ bahasa dan masyarakat Melayu yang ketara.
“Tutuplah sekolah tu, sebab dia mengancam perpaduan negara dan bahasa, mereka tentang segala usaha kerajaan, untuk kau tak mahu sekolah sama dengan anak Melayu satu hal, nak suruh guna bahasa Melayu pun tak mahu.
“Maknanya ini adalah satu usaha nak menghindarkan Bahasa Melayu dan Melayu sekali, dengan masyarakat mereka.
“Jadi isu ini perlu ditangani, kalau perlu, tutup sekolah yang menentang segala bentuk usaha kerajaan nak memperkasakan bahasa kebangsaan, nak memperkasakan perpaduan, tidak mahu dilayan? Apa guna wujud dalam negara ni? Wajar tutup!” kata Syed Hassan.
Minggu lalu, media vernakular tempatan melaporkan sembilan institusi pendidikan Cina sebulat suara menolak inisiatif KPM untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.
Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukan Bahasa Melayu selain ia merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.
Beliau dipetik berkata demikian oleh China Press ketika mesyuarat dalaman mengenai penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular di Bangunan Dong Zong, minggu lalu. – The Merdeka Times