Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kaedah perniagaan GISBH jauh menyimpang daripada ekonomi Islam – Pensyarah

Kaedah perniagaan diamalkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), termasuk dakwaan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, adalah sangat jauh menyimpang daripada ekonomi Islam sebenar. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIA, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin.

 

  • Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIA, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata jika diteliti kaedah perniagaan diamalkan GISB seperti mana dilaporkan pihak berkuasa dan media tempatan hari ini didapati banyak amalan ‘bisnes’ dilakukan organisasi itu sebenarnya sangat jauh menyimpang daripada ekonomi Islam.
  • Ekonomi Islam sepatutnya menjadikan suatu perkara lebih baik, lebih bersifat empati dan mementingkan maslahat rakyat dan sebagainya selain ia mesti berpandukan al-Quran, hadis sahih dan sunnah serta perbincangan ulamak yang muktabar.
  • Ia juga tidak hanya memikirkan tentang keuntungan di sebelah pihak, sebaliknya perlu memikirkan kesannya terhadap individu lain sama ada kesan ke atas individu yang melakukan transaksi bersama peniaga atau pihak tidak terlibat, termasuk haiwan dan alam sekitar.
  • “Sebagai contoh mudah di dalam perniagaan GISB terdapat laporan bahawa berlakunya eksploitasi melampau terhadap buruh dari kalangan kanak kanak, insan-insan yang kurang berupaya sedangkan ini jauh sekali daripada ekonomi Islam,” kata Irwan menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘GISB: Antara akidah dan ekonomi’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perniagaan dijalankan GISBH ketika ini adalah contoh kaedah perniagaan Islam ekoran hasil siasatan PDRM mendapati kaedah perniagaan kumpulan itu telah dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi GISB. 

KUALA LUMPUR — Kaedah perniagaan diamalkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), termasuk dakwaan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, adalah sangat jauh menyimpang daripada ekonomi Islam sebenar. 

Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIA, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata jika diteliti kaedah perniagaan diamalkan GISB seperti mana dilaporkan pihak berkuasa dan media tempatan hari ini didapati banyak amalan ‘bisnes’ dilakukan organisasi itu sebenarnya sangat jauh menyimpang daripada ekonomi Islam.

Irwan berkata ekonomi Islam sepatutnya menjadikan suatu perkara lebih baik, lebih bersifat empati dan mementingkan maslahat rakyat dan sebagainya selain ia mesti berpandukan al-Quran, hadis sahih dan sunnah serta perbincangan ulamak yang muktabar.

Beliau berkata ekonomi Islam juga tidak hanya memikirkan tentang keuntungan di sebelah pihak, sebaliknya perlu memikirkan kesannya terhadap individu lain sama ada kesan ke atas individu yang melakukan transaksi bersama peniaga atau pihak tidak terlibat, termasuk haiwan dan alam sekitar.

“Kita mestilah menghormati hak-hak orang yang sedang melakukan transaksi bersama dengan kita.

“Sebagai contoh mudah di dalam perniagaan GISB terdapat laporan bahawa berlakunya eksploitasi melampau terhadap buruh dari kalangan kanak kanak, insan-insan yang kurang berupaya sedangkan ini jauh sekali daripada ekonomi Islam,” kata Irwan menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘GISB: Antara akidah dan ekonomi’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perniagaan dijalankan GISBH ketika ini adalah contoh kaedah perniagaan Islam ekoran hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kaedah perniagaan kumpulan itu telah dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi GISB. 

Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaarii dan Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin.

Mengulas lanjut, Irwan mengingatkan masyarakat Muslim tidak boleh menyokong mana-mana organisasi perniagaan yang asasnya diketahui tidak menepati syariat, tidak adil dan tidak memelihara hak.

“Bahkan kalau kita pandang dari perspektif maqasid syariah kadang-kadang orang sebutkan untuk memelihara perniagaan umat Islam kita perlu memelihara harta, tetapi pemeliharaan harta itu tidak sepatutnya dibuat sehingga mengabaikan dan mengorbankan kepentingan maqasid lebih utama iaitu agama.

“Seperti mana Prof Madya Dr Khairul Naim sebut tadi kita tidak boleh semata-mata untuk bagi untung biarlah menggunakan Aurad Muhammadiyah yang penuh dengan kesesatan dan dakwaan-dakwaan yang tidak rasional sehingga akhirnya akan menyebabkan orang akan anggap Islam ini bila dia berniaga banyak sangat unsur khurafat dan tahayul.

“Kemudian tidak boleh juga mengorbankan institusi kekeluargaan contohnya Hifz al-Nasl (memelihara keturunan) ini lebih utama kita mendapati dalam laporan untuk menyokong sebab apabila sesuatu organisasi perniagaan ini mengamalkan sistem eksploitasi dia sangat bergantung harap kepada additional cost untuk maintain that sistem.

How? Sama ada melalui doktrin terus menerus memberi dakyah, “Okey kena buat amalkan zikir zikir ini kena tahu bahawa inilah wali yang berkuasa memberi kebahagiaan sebagainya kamu kena buat benda ini secara berterusan”, continues indoctrination  ataupun dia akan menggunakan fear, “Awak keluar awak tidak lagi boleh berjumpa dengan ahli keluarga you, you say goodbye to them”, menggunakan ketakutan sehingga ada dalam laporan adanya ancaman-ancaman fizikal hinggakan orang takut,” katanya.

Mengulas berkenaan sistem perniagaan tidak membayar gaji berpatutan, Irwan berkata ia termasuk dalam sistem ekonomi yang tidak mampan sebagaimana menggunakan ketakutan dan indoktrinasi. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *