Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Jika ChatGPT manusia, Islam agama pilihannya

Jika ChatGPT itu manusia, ia memilih Islam sebagai agama anutannya berbanding agama lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar video Lily Jay mengajukan soalan kepada chatbot AI dengan soalan ringkas menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan.

KUALA LUMPUR – Jika ChatGPT itu manusia, ia memilih Islam sebagai agama anutannya berbanding agama lain.

Dapatan itu berdasarkan rakaman video tular seorang pempengaruh media sosial wanita yang mempersoalkan Kecerdasan Buatan (AI) itu (ChatGPT) dengan soalan ringkas menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan.

Dalam rakaman video itu, Lily Jay mengajukan soalan kepada chatbot AI tersebut dengan hasil jawapan diterimanya yang cenderung memihak kepada Islam.

“Hey Chat GPT, adakah kamu fikir Tuhan itu nyata (wujudnya)?,” tanya Lily.

“Ya,” jawabnya.

“Adakah kamu fikir Yesus adalah tuhan atau nabi?

“Nabi,” jawab chatGPT kepada Lily.

“Jika kamu manusia, apakah kamu akan mengucap syahadah? (merujuk ucapan wajib dilisankan seseorang individu apabila memeluk agama Islam)

“Ya,” jawab chatbot itu.

Di dalam rakaman video penuh soalan Lily yang turut dimuat naik di saluran YouTubenya, pempengaruh wanita itu menjelaskan apa yang cuba dilakukannya.

“Dalam video ini, saya bertanya kepada AI paling bijak di dunia, ChatGPT, beberapa soalan paling sukar yang pernah dihadapi manusia – tetapi ada kelainannya: ia hanya boleh menjawab dengan satu perkataan!

“Tontonlah cabaran saya terhadap AI yang diajukan persoalan mendalam, falsafah dan kerohanian berkenaan Tuhan, agama, tujuan dan kehidupan selepas kematian,” kata Lily.

Tindakan menyoal dan menerima jawapan itu bukanlah validasi akan kebenaran agama Islam, tetapi satu insiden menarik melihat cubaan Lily mencabar kecerdasan buatan yang dikagumi dan digunakan ramai pada ketika ini untuk memudahkan urusan harian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *