Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Bavaria terbitkan video Islamofobia persis propaganda era Nazi

Video kontroversi menggambarkan animasi ‘orang Islam’ oleh Kementerian Dalam Negeri Bavaria, Jerman, dipadamkan selepas ia menerima kecaman meluas atas kandungan Islamofobia dan persamaannya dengan propaganda era Nazi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar video kontroversi menggambarkan animasi ‘orang Islam’ oleh Kementerian Dalam Negeri Bavaria, Jerman.

Video kontroversi menggambarkan animasi ‘orang Islam’ oleh Kementerian Dalam Negeri Bavaria, Jerman, dipadamkan selepas ia menerima kecaman meluas atas kandungan Islamofobia dan persamaannya dengan propaganda era Nazi.

The Express Tribune melaporkan video itu dimuat naik beberapa jam selepas dua parti sayap kanan ekstrem Jerman memenangi pilihan raya negeri buat pertama kali sejak era Nazi.

Video kononnya bertujuan meningkatkan kesedaran tentang gerakan Salafi dalam Islam yang memaparkan animasi buruk seorang wanita Muslim menonton video penjelasan sama ada dirinya dibenarkan memakai solekan.

Wanita itu digambarkan ‘ditelan’ seorang lelaki berjanggut yang ketawa seperti raksasa sambil memakai kopiah dan imej tersebut digunakan sebagai metafora wanita itu ‘ditarik’ ke arah radikalisasi agama (ekstrem).

Ia berakhir dengan amaran, “Perangkap Salafisme berlaku lebih pantas daripada apa yang kamu sangka,” kata ungkapan yang merujuk kepada gerakan Salafi.

Video itu turut meletakkan pautan ke laman web kementerian yang menawarkan maklumat tentang cara mencegah gerakan “radikal” Islam Salafi.

Ia mendapat kritikan ramai yang menyatakan kebimbangan terhadap kandungan mesej dengan unsur jelas Islamofobia yang membahayakan.

Seorang bekas ahli parlimen bertindak mengecam video itu dan menyebutnya sebagai “sampah perkauman”.

Laporan dikeluarkan baru-baru ini di atas arahan Kementerian Dalam Negeri Jerman mengetengahkan diskriminasi, permusuhan dan kekerasan berkala dialami Muslim dalam kehidupan seharian mereka di negara itu.

Laporan itu malah menyatakan golongan Muslim yang dilahirkan di Jerman sering dianggap sebagai “orang luar”, manakala Islam pula dilihat sebagai “agama mundur”.

Berdasarkan penemuan itu juga, wanita Muslim yang memakai tudung tradisional, didapati turut berdepan pengalaman permusuhan lebih teruk. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *