Connect with us

Antarabangsa

UK gantung 30 daripada 350 lesen eksport senjata ke Israel

United Kingdom (UK) menggantung 30 lesen eksport senjata ke Israel selepas semakan, demikian umum Setiausaha Luar UK, David Lammy pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • United Kingdom (UK) menggantung 30 lesen eksport senjata ke Israel selepas semakan, demikian umum Setiausaha Luar UK, David Lammy pada Isnin.
  • Semasa ucapan di Parlimen UK, Lammy berkata keputusan itu dibuat berikutan kajian semula lesen eksport senjata UK mendapati terdapat “risiko jelas” bahawa ia akan digunakan dengan cara yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa.
  • “Menghadapi konflik seperti ini, adalah menjadi kewajipan undang-undang kerajaan ini untuk menyemak semula lesen eksport Britain,” kata Lammy dipetik agensi berita Anadolu.
  • Lammy bagaimanapun berkata tindakan itu bukan larangan menyeluruh atau sekatan senjata.
  • Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK pada Jun berkata, UK telah mengeluarkan 108 lesen eksport senjata ke Israel sejak 7 Oktober tahun lalu apabila konflik Gaza bermula, manakala lebih 300 lesen masih aktif.

United Kingdom (UK) menggantung 30 lesen eksport senjata ke Israel selepas semakan, demikian umum Setiausaha Luar UK, David Lammy pada Isnin.

Semasa ucapan di Parlimen UK, Lammy berkata keputusan itu dibuat berikutan kajian semula lesen eksport senjata UK mendapati terdapat “risiko jelas” bahawa ia akan digunakan dengan cara yang boleh melanggar undang-undang antarabangsa.

“Menghadapi konflik seperti ini, adalah menjadi kewajipan undang-undang kerajaan ini untuk menyemak semula lesen eksport Britain,” kata Lammy dipetik agensi berita Anadolu.

Lammy berkata kira-kira 30 daripada 350 lesen akan digantung.

Beliau bagaimanapun berkata, “ini bukan larangan menyeluruh, ini bukan sekatan senjata”.

Kerajaan British sebelum ini dikecam kerana meneruskan lesen eksport senjata ke Israel.

Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK pada Jun berkata, UK telah mengeluarkan 108 lesen eksport senjata ke Israel sejak 7 Oktober tahun lalu apabila konflik Gaza bermula, manakala lebih 300 lesen masih aktif.

30 lesen eksport senjata itu termasuk komponen untuk pesawat tentera, helikopter, dron dan barangan memudahkan penyasaran darat.

Bagaimanapun Pejabat Luar UK berkata beberapa lesen eksport yang telah dinilai bukan untuk kegunaan ketenteraan dalam konflik Gaza semasa dan “oleh itu tidak memerlukan penggantungan”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *