Connect with us

Antarabangsa

Telegram akan serah data pengguna kepada pihak berkuasa

Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: CEO Telegram, Pavel Durov.
  • Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.
  • Perubahan pada terma perkhidmatan dan dasar privasinya “sepatutnya menghalang penjenayah,” kata CEO Telegram, Pavel Durov dalam kenyataan di Telegram pada Isnin.
  • “Walaupun 99.999% pengguna Telegram tiada kaitan dengan jenayah, 0.001% yang terlibat dalam aktiviti haram mencemarkan imej keseluruhan platform, meletakkan kepentingan hampir satu bilion pengguna kami dalam risiko,” katanya.
  • Pengumuman itu menandakan perubahan besar dilakukan Durov, pengasas bersama platform itu yang berasal dari Russia, yang ditahan pihak berkuasa Perancis bulan lalu di sebuah lapangan terbang di utara Paris.
  • Selepas penahanan Durov, ramai pihak mula mempersoalkan sama ada Telegram tempat yang selamat untuk golongan pembangkang politik, menurut Penyelidik Kanan di Citizen Lab, Universiti Toronto, John Scott-Railton.
  • “Ramai kini meneliti pengumuman Telegram dengan persoalan umum: adakah ini bermakna platform itu akan mula bekerjasama dengan pihak berkuasa rejim yang menindas?” kata Scott-Railton.

Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.

Perubahan pada terma perkhidmatan dan dasar privasinya “sepatutnya menghalang penjenayah,” kata CEO Telegram, Pavel Durov dalam kenyataan di Telegram pada Isnin.

“Walaupun 99.999% pengguna Telegram tiada kaitan dengan jenayah, 0.001% yang terlibat dalam aktiviti haram mencemarkan imej keseluruhan platform, meletakkan kepentingan hampir satu bilion pengguna kami dalam risiko,” katanya.

Pengumuman itu menandakan perubahan besar dilakukan Durov, pengasas bersama platform itu yang berasal dari Russia, yang ditahan pihak berkuasa Perancis bulan lalu di sebuah lapangan terbang di utara Paris.

Beberapa hari kemudian, pendakwa raya negara itu mendakwa beliau kerana membenarkan aktiviti jenayah berlaku di platform itu.

Tuduhan terhadapnya termasuk bersubahat dalam penyebaran imej penderaan kanak-kanak dan penyeludupan dadah, selain didakwa gagal mematuhi pihak penguatkuasaan undang-undang.

Penahanan CEO berusia 39 tahun itu mencetuskan perdebatan mengenai masa depan perlindungan kebebasan bersuara di internet.

Selepas penahanan Durov, ramai pihak mula mempersoalkan sama ada Telegram tempat yang selamat untuk golongan pembangkang politik, menurut Penyelidik Kanan di Citizen Lab, Universiti Toronto, John Scott-Railton.

“Pemasaran Telegram sebagai platform yang menentang tuntutan kerajaan menarik minat ramai yang ingin merasa selamat berkongsi pandangan politik mereka di tempat-tempat seperti Russia, Belarus dan Timur Tengah.

“Ramai kini meneliti pengumuman Telegram dengan persoalan umum: adakah ini bermakna platform itu akan mula bekerjasama dengan pihak berkuasa rejim yang menindas?” kata Scott-Railton.

Menurutnya, Telegram tidak menjelaskan bagaimana syarikat itu akan menangani tuntutan daripada pimpinan rejim sedemikian pada masa hadapan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *