Antarabangsa
Pembelian ubat penenang rakyat Israel melonjak 204 peratus
Laporan Lembaga Penyiaran Israel menunjukkan peningkatan sebanyak 204 peratus dalam pembelian ubat penenang oleh rakyat Israel, lapor Al Jazeera.
- Laporan Lembaga Penyiaran Israel menunjukkan peningkatan sebanyak 204 peratus dalam pembelian ubat penenang oleh rakyat Israel, lapor Al Jazeera.
- Perkara itu dipercayai akibat perang yang sedang berlangsung di Lubnan dan kegagalan kerajaan Israel untuk menyelesaikan pertukaran tawanan.
- Peningkatan pembelian ubat penenang dan antidepresi (ubat melegakan kemurungan) itu mencapai 204 peratus iaitu tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding semasa Perang Lubnan Kedua, lapor portal berita Mesir, Veto pada Isnin.
Laporan Lembaga Penyiaran Israel menunjukkan peningkatan sebanyak 204 peratus dalam pembelian ubat penenang oleh rakyat Israel, lapor Al Jazeera.
Perkara itu dipercayai akibat perang yang sedang berlangsung di Lubnan dan kegagalan kerajaan Israel untuk menyelesaikan pertukaran tawanan.
Peningkatan pembelian ubat penenang dan antidepresi (ubat melegakan kemurungan) itu mencapai 204 peratus iaitu tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding semasa Perang Lubnan Kedua, lapor portal berita Mesir, Veto pada Isnin.
Tekanan dihadapi penduduk negara rejim zionis itu semakin ketara apabila sebelum ini juga keengganan bertempur dilaporkan berlaku dari pihak tentera mereka sendiri.
Susulan itu, ancaman perbicaraan dan tindakan undang-undang terhadap anggota tentera Israel berlaku di tengah-tengah peningkatan kes anggota tentera enggan meneruskan pertempuran di wilayah Palestin yang dikepung.
Perkara itu berlaku mungkin disebabkan tindakan berterusan jenayah perang oleh pasukan penjajah atau disebabkan meningkatnya persepsi bahawa pasukan penentangan Palestin tidak semudah dijangka untuk ditewaskan secara ketenteraan oleh kerajaan Israel. — The Merdeka Times