Connect with us

Antarabangsa

Meta haramkan saluran media Russia guna aplikasinya

Pemilik Facebook, Meta pada Isnin berkata ia akan mengharamkan saluran media milik Russia daripada aplikasinya ekoran berlakunya “aktiviti campur tangan asing”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemilik Facebook, Meta pada Isnin berkata ia akan mengharamkan saluran media milik Russia daripada aplikasinya ekoran berlakunya “aktiviti campur tangan asing”.
  • Pengharaman itu dikuatkuasakan selepas Amerika Syarikat (AS) menuduh rangkaian berita dibiayai Kremlin iaitu RT beserta kakitangannya menyalurkan $10 juta melalui ‘syarikat shell’ (yang wujud hanya atas kertas) untuk membiayai kempen pengaruh secara rahsia di platform media sosial termasuk TikTok, Instagram, X dan YouTube.
  • “Setelah pertimbangan yang teliti, kami memperluaskan penguatkuasaan berterusan kami terhadap saluran media milik Russia.
  • “Rossiya Segodnya, RT dan entiti berkaitan lain kini diharamkan daripada aplikasi kami di seluruh dunia kerana berlakunya aktiviti campur tangan asing,” kata Meta dalam kenyataan dihantar kepada AFP dipetik The Moscow Times pada Selasa.
  • Penguatkuasaan pengharaman itu akan dilaksanakan dalam beberapa hari akan datang. Selain Facebook, aplikasi Meta termasuk Instagram, perkhidmatan pesanan WhatsApp dan Threads.

Pemilik Facebook, Meta pada Isnin berkata ia akan mengharamkan saluran media milik Russia daripada aplikasinya ekoran berlakunya “aktiviti campur tangan asing”.

Pengharaman itu dikuatkuasakan selepas Amerika Syarikat (AS) menuduh rangkaian berita dibiayai Kremlin iaitu RT beserta kakitangannya menyalurkan $10 juta melalui ‘syarikat shell’ (yang wujud hanya atas kertas) untuk membiayai kempen pengaruh secara rahsia di platform media sosial termasuk TikTok, Instagram, X dan YouTube.

“Setelah pertimbangan yang teliti, kami memperluaskan penguatkuasaan berterusan kami terhadap saluran media milik Russia.

“Rossiya Segodnya, RT dan entiti berkaitan lain kini diharamkan daripada aplikasi kami di seluruh dunia kerana berlakunya aktiviti campur tangan asing,” kata Meta dalam kenyataan dihantar kepada AFP dipetik The Moscow Times pada Selasa.

Penguatkuasaan pengharaman itu akan dilaksanakan dalam beberapa hari akan datang. Selain Facebook, aplikasi Meta termasuk Instagram, perkhidmatan pesanan WhatsApp dan Threads.

RT telah dipaksa menghentikan operasinya di Britain, Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan AS akibat sekatan dikenakan ke atas Russia berikutan pencerobohan penuh negara itu ke atas Ukraine, menurut satu pertuduhan rasmi AS.

Meta sebelum ini bertindak mengharamkan Agensi Berita Persekutuan Russia untuk menghalang aktiviti campur tangan asing oleh Agensi Penyelidikan Internet Russia yang dikaitkan dengan mendiang pengasas Wagner Group, Yevgeny Prigozhin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *