Antarabangsa
Lebih 500 maut dalam konflik dengan Israel – Hizbullah
Hizbullah pada Ahad melaporkan jumlah kematian dalam konfliknya dengan Israel mencecah 501 individu sejak bermula pertempuran pada 8 Oktober tahun lalu.
- Hizbullah pada Ahad melaporkan jumlah kematian dalam konfliknya dengan Israel mencecah 501 individu sejak bermula pertempuran pada 8 Oktober tahun lalu.
- Kumpulan dari Lubnan itu berkata jumlah anggotanya yang terkorban meningkat kepada 17 orang selepas kematian Muhammad Hussein Ubeid dan Abbas Mahmoud Salih.
- Sebelum ini, Hizbullah melaporkan satu serangan udara Israel di Beirut telah membunuh 15 anggotanya, termasuk bekas Komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.
- Tentera Israel memberi maklumat mengenai serangan udara ke atas Lubnan dalam satu kenyataan menyatakan 290 lokasi disasarkan, termasuk ribuan roket disiapkan untuk dilancarkan, termasuk pelancar roket dan artileri.
Hizbullah pada Ahad melaporkan jumlah kematian dalam konfliknya dengan Israel mencecah 501 individu sejak bermula pertempuran pada 8 Oktober tahun lalu.
Kumpulan dari Lubnan itu berkata jumlah anggotanya yang terkorban meningkat kepada 17 orang selepas kematian Muhammad Hussein Ubeid dan Abbas Mahmoud Salih.
Sebelum ini, Hizbullah melaporkan satu serangan udara Israel di Beirut membunuh 15 anggotanya, termasuk bekas Komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.
Tentera Israel memberi maklumat mengenai serangan udara ke atas Lubnan dalam satu kenyataan menyatakan 290 lokasi disasarkan, termasuk ribuan roket disiapkan untuk dilancarkan, termasuk pelancar roket dan artileri.
Tentera rejim juga berkata mereka telah menyerang infrastruktur ketenteraan Hizbullah.
Ketegangan baru-baru ini meningkat di sepanjang sempadan selepas serangan udara rejim Israel yang mensasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut. – The Merdeka Times