Connect with us

Terkini

Kumpulan Muslim kecam Biden, Harris abai keluarga warga AS dibunuh Israel

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Selasa mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris atas kegagalan mereka yang dianggap “merisaukan dan mengecewakan”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Selasa mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris atas kegagalan mereka yang dianggap “merisaukan dan mengecewakan”.
  • Perkara itu berlaku ekoran tindakan mereka tidak menghubungi keluarga warganegara Turki-Amerika yang dibunuh Israel di Tebing Barat yang diduduki, Aysenur Ezgi Eygi, lapor agensi berita Anadolu.
  • Kumpulan Muslim AS itu dalam kenyataan berkata Biden dan Harris tidak bercakap dengan keluarga Eygi yang merupakan seorang aktivis.
  • “Kegagalan Presiden Biden dan Naib Presiden Harris untuk menghubungi keluarga seorang warganegara Amerika yang dibunuh penembak tepat Israel sangat merisaukan dan mengecewakan, terutamanya kerana kedua-dua mereka dengan pantas menghubungi keluarga seorang warga Israel-Amerika yang terbunuh oleh Hamas,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif CAIR, Edward Ahmed Mitchell.
  • Eygi, 26, ditembak mati oleh tentera Israel pada Jumaat semasa protes menentang penempatan haram Israel di Beita, sebuah bandar kecil di luar Nablus.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Selasa mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris atas kegagalan mereka yang dianggap “merisaukan dan mengecewakan”.

Perkara itu ekoran tindakan mereka tidak menghubungi keluarga warganegara Turki-Amerika yang dibunuh rejim Israel di Tebing Barat yang diduduki, Aysenur Ezgi Eygi, lapor agensi berita Anadolu.

Kumpulan Muslim AS itu dalam kenyataan berkata Biden dan Harris tidak bercakap dengan keluarga Eygi yang merupakan seorang aktivis.

Eygi, 26, ditembak mati oleh tentera Israel pada Jumaat semasa protes menentang penempatan haram Israel di Beita, sebuah bandar kecil di luar Nablus.

“Kegagalan Presiden Biden dan Naib Presiden Harris untuk menghubungi keluarga seorang warganegara Amerika yang dibunuh penembak tepat Israel sangat merisaukan dan mengecewakan, terutamanya kerana kedua-dua mereka dengan pantas menghubungi keluarga seorang warga Israel-Amerika yang terbunuh oleh Hamas,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif CAIR, Edward Ahmed Mitchell.

“Sudah tiba masanya pentadbiran Biden mula melayan semua keluarga Amerika dengan penghormatan sama dan menganggap semua manusia termasuk rakyat Gaza dan Tebing Barat sama layak untuk hidup,” katanya.

Kumpulan itu turut menyeru Jabatan Kehakiman AS “untuk menyiasat dan mendakwa pegawai, tentera dan peneroka haram Israel yang bertanggungjawab atas jenayah ganas terhadap rakyat Palestin-Amerika, termasuk pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh dan aktivis keamanan Turki-Amerika, Aysenur Ezgi Eygi”.  – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *