Antarabangsa
Kumpulan Muslim AS desak pengundi sokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin
Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.
- Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.
- Mereka juga menggalakkan pengundi menyokong mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dalam pemilihan presiden AS pada November ini.
- “Selepas rundingan, perbincangan, dan pertimbangan meluas, Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 memutuskan untuk menggalakkan Muslim Amerika mengundi mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dan embargo senjata AS terhadap kerajaan Israel seperti calon Dr Jill Stein, Dr Cornel West atau Chase Oliver,” menurut kenyataan Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 dipetik Middle East Eye.
- Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 adalah sebuah kumpulan payung dibentuk tahun ini, terdiri daripada beberapa organisasi Muslim terkemuka, termasuk cabang politik Americans for Justice in Palestine (AJP), Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan Majlis Organisasi Muslim AS.
Kumpulan Muslim-Amerika yang marah dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap tindakan Israel menghancurkan Gaza meminta pengundi Muslim di negara itu menyokong Jill Stein, Cornel West atau calon pro-Palestin lain dalam pilihan raya AS akan datang.
Mereka juga menggalakkan pengundi menyokong mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dalam pemilihan presiden AS pada November ini.
“Selepas rundingan, perbincangan, dan pertimbangan meluas, Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 memutuskan untuk menggalakkan Muslim Amerika mengundi mana-mana calon presiden yang menyokong gencatan senjata kekal di Gaza dan embargo senjata AS terhadap kerajaan Israel seperti calon Dr Jill Stein, Dr Cornel West atau Chase Oliver,” menurut kenyataan Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 dipetik Middle East Eye.
Task Force Pilihan Raya Muslim Amerika 2024 adalah sebuah kumpulan payung dibentuk tahun ini, terdiri daripada beberapa organisasi Muslim terkemuka, termasuk cabang politik Americans for Justice in Palestine (AJP), Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan Majlis Organisasi Muslim AS.
Selain menyeru Muslim Amerika mengundi calon pro-Palestin di peringkat presiden, task force itu juga menekankan keperluan untuk mengundi calon di peringkat bawah yang turut memperjuangkan gencatan senjata di Gaza dan embargo senjata terhadap Israel.
Kenyataan itu tidak memberi sokongan khusus kepada mana-mana calon presiden dan dikeluarkan selepas perbincangan panjang antara pemimpin-pemimpin organisasi Muslim terkemuka itu. – The Merdeka Times