Connect with us

Terkini

Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ

Kenyataan Pengasas Pusat KOMAS, Jerald Joseph yang mengatakan sekiranya pemerintahan (menyerahkan negara) kepada kaum majoriti, maka kezaliman dan fasisme akan mengambil alih adalah fitnah dan anggapan yang jauh menyeleweng ke atas Bumiputera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Kenyataan Pengasas Pusat KOMAS, Jerald Joseph yang mengatakan sekiranya pemerintahan (menyerahkan negara) kepada kaum majoriti, maka kezaliman dan fasisme akan mengambil alih adalah fitnah dan anggapan yang jauh menyeleweng ke atas Bumiputera.
  • Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan perkara itu sebagai respon kepada kenyataan Jerald yang dilaporkan media tempatan pada Isnin.
  • Rafidah berkata segelintir portal mengelak menyebut Melayu dan Islam dalam isu itu kerana tidak mahu dikatakan menyentuh 3R (agama, kaum dan raja), tetapi beliau sebagai Muslim dan Melayu merasakan tuduhan Jerald melampau dan berbentuk rasisma.
  • “Adakah dengan kontrak sosial dan hak keistimewaan Melayu selama ini telah melahirkan negara yang fasis? Adakah sekatan dan halangan untuk pembinaan rumah ibadat komuniti minoriti di Malaysia?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘NGO perlu kekal relevan, ikut peredaran zaman – pengasas Komas’.
  • Rafidah turut berkongsikan tangkap layar petikan artikel itu yang menyatakan Jerald berkata keadaan bertambah sukar (menangani perkauman) apabila hak istimewa yang diberikan kepada kaum majoriti.
  • “Jika anda menyerahkan negara kepada tangan majoriti, maka kezaliman akan mengambil alih, fasisme akan mengambil alih, itu berbahaya,” katanya dipetik Malaysiakini.

KUALA LUMPUR — Kenyataan Pengasas Pusat KOMAS, Jerald Joseph yang mengatakan sekiranya pemerintahan (menyerahkan negara) kepada kaum majoriti, maka kezaliman dan fasisme akan mengambil alih adalah fitnah dan anggapan yang jauh menyeleweng ke atas Bumiputera.

Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan perkara itu sebagai respon kepada kenyataan Jerald yang dilaporkan media tempatan pada Isnin.

Rafidah yang juga Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) berkata, segelintir portal mengelak menyebut Melayu dan Islam dalam isu itu kerana tidak mahu dikatakan menyentuh 3R (agama, kaum dan raja), tetapi beliau sebagai Muslim dan Melayu merasakan tuduhan Jerald melampau dan berbentuk rasisma.

“Adakah dengan kontrak sosial dan hak keistimewaan Melayu selama ini telah melahirkan negara yang fasis? Adakah sekatan dan halangan untuk pembinaan rumah ibadat komuniti minoriti di Malaysia?

“Adakah terhalang bagi masyarakat minoriti mempunyai hak yang asas seperti membeli rumah, mendapat pekerjaan, hak perjalanan dan pendidikan? Bahkan, bukankah isu kita, kebenaran untuk sekolah vernakular beroperasi dan mempunyai badan pengelolanya sendiri telah menyebabkan perpaduan terhalang.

“Ia apabila sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif KPM menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular, selain sekolah minoriti ini menolak garis panduan KPM (Kementerian Pendidikan) tentang iklan arak di sekolah, walaupun bukti-bukti kesihatan jelas menunjuk mudarat arak bagi kanak-kanak.

“Mana-mana negara akan memperkukuhkan identiti rakyat majoriti mereka dan bagi kita, ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘NGO perlu kekal relevan, ikut peredaran zaman – pengasas Komas’.

Rafidah turut berkongsikan tangkap layar petikan artikel itu yang menyatakan Jerald berkata, keadaan bertambah sukar (menangani perkauman) apabila hak istimewa yang diberikan kepada kaum majoriti.

“Jika anda menyerahkan negara kepada tangan majoriti, maka kezaliman akan mengambil alih, fasisme akan mengambil alih, itu berbahaya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata salah satu contoh kelompok minoriti boleh menindas majoriti yang KOMAS lupa ialah rejim apartheid.

Beliau berkata rejim apartheid yang juga kerajaan minoriti kulit putih telah menindas majoriti rakyat kulit hitam sejak 1948 hingga 1994, di mana pemimpin kulit hitam Nelson Mandela dipenjarakan selama 27 tahun.

Katanya, penindasan kelompok minoriti juga boleh dilihat apabila rejim Israel menghalau majoriti rakyat Palestin dari tahun 1947 dengan serangan, pembunuhan dan genosid sehingga mereka menjadi majoriti.

“Jadi adakah bangsa majoriti itu sentiasa kejam dan bangsa minoriti itu sentiasa baik? Sewajarnya lihat “case by case”.

“Terimalah hakikat bahawa pemerintahan majoriti Melayu Muslim di Malaysia jauh dari bersifat fasis, jauh dari tuduhan menindas,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *