Connect with us

Antarabangsa

Israel Isytihar darurat

Kerajaan Israel pada Isnin malam mengumumkan darurat di seluruh negara sehingga 30 September berikutan peningkatan serangan terhadap Lubnan dan jangkaan peningkatan pelancaran roket Hizbullah ke arah Israel, lapor agensi berita Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Israel pada Isnin malam mengumumkan darurat di seluruh negara sehingga 30 September berikutan peningkatan serangan terhadap Lubnan dan jangkaan peningkatan pelancaran roket Hizbullah ke arah Israel, lapor agensi berita Anadolu.
  • Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, menteri-menteri Kabinet Israel mengundi dan mengisytiharkan “situasi khas barisan hadapan” di seluruh Israel.
  • Undian itu dilakukan melalui telefon seperti dicadangkan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, lapor akhbar itu dipetik MEMO.
  • Akhbar Haaretz melaporkan di bawah pengisytiharan itu, tentera diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada orang awam Israel, termasuk melarang perhimpunan, mengehadkan pembelajaran dan mengeluarkan “arahan tambahan diperlukan untuk menyelamatkan nyawa”.
  • Pengisytiharan itu dibuat susulan cubaan pembunuhan tentera Israel terhadap komander tertinggi tentera Hizbullah, Ali Karaki.

Kerajaan Israel pada Isnin malam mengumumkan darurat di seluruh negara sehingga 30 September berikutan peningkatan serangan terhadap Lubnan dan jangkaan peningkatan pelancaran roket Hizbullah ke arah Israel, lapor agensi berita Anadolu .

Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, menteri-menteri Kabinet Israel mengundi dan mengisytiharkan “situasi khas barisan hadapan” di seluruh Israel.

Undian itu dilakukan melalui telefon seperti dicadangkan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, lapor akhbar itu dipetik MEMO.

Akhbar Haaretz melaporkan di bawah pengisytiharan itu, tentera diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada orang awam Israel, termasuk melarang perhimpunan, mengehadkan pembelajaran dan mengeluarkan “arahan tambahan diperlukan untuk menyelamatkan nyawa”.

Pengisytiharan itu dibuat susulan cubaan pembunuhan tentera Israel terhadap komander tertinggi tentera Hizbullah, Ali Karaki.

Pihak Berkuasa Kesihatan Lubnan menyatakan sekurang-kurangnya 274 orang, termasuk 21 kanak-kanak, terbunuh dan 1,024 lagi cedera dalam serangan Israel sejak pagi Isnin dengan ribuan masyarakat awam terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Hizbullah dan Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 41,400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *