Connect with us

Terkini

Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam

Mana-mana pihak yang mempromosikan Bahasa Melayu sepatutnya didukung (disokong) dan dihormati, bukannya diambil tindakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Mana-mana pihak yang mempromosikan Bahasa Melayu sepatutnya didukung (disokong) dan dihormati, bukannya diambil tindakan.
  • Peguam, Lukman Sheriff Alias berkata adalah satu mindset (pemikiran) salah jika tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berusaha untuk mempromosikan bahasa kebangsaan itu.
  • “(Lukman memetik kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang merujuk kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) — “Kalau setiap kaum cakap bahasa dia akan timbul buruk sangka sebab tak faham dia cakap apa. Orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham jadi akan timbul buruk sangka”.
  • “Saya tak mahulah ini didebat sebagai isu politik. Siapa nak sokong siapa terpulang kepada masing-masing.
  • “Cuma saya tidak setuju kalau cakap sebegini, polis diminta ambil tindakan kerana bersifat perkauman… Saya tak tahu samada polis akan ambil tindakan atau tidak, tetapi kalau ya saya lagi tidak setuju,” kata Lukman menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut memuat naik artikel bertajuk “Lip Eng gesa polis siasat kenyataan Tuan Ibrahim berunsur perkauman”.
  • Artikel bertarikh 13 September 2024 itu antaranya melaporkan Lip Eng membuat laporan polis terhadap Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.
  • Mengulas lanjut, Lukman melihat isu 3R (raja, agama dan kaum) sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dengan sewenang-wenangnya.

KUALA LUMPUR — Mana-mana pihak yang mempromosikan Bahasa Melayu sepatutnya didukung (disokong) dan dihormati, bukannya diambil tindakan.

Peguam, Lukman Sheriff Alias berkata adalah satu mindset (pemikiran) salah jika tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berusaha untuk mempromosikan bahasa kebangsaan itu.

Beliau melihat isu 3R (raja, agama dan kaum) sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dengan sewenang-wenangnya.

“(Lukman memetik kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang merujuk kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) — “Kalau setiap kaum cakap bahasa dia akan timbul buruk sangka sebab tak faham dia cakap apa. Orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham jadi akan timbul buruk sangka”.

“Saya tak mahulah ini didebat sebagai isu politik. Siapa nak sokong siapa terpulang kepada masing-masing.

“Cuma saya tidak setuju kalau cakap sebegini, polis diminta ambil tindakan kerana bersifat perkauman… Saya tak tahu samada polis akan ambil tindakan atau tidak, tetapi kalau ya saya lagi tidak setuju,” kata Lukman menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut memuat naik artikel bertajuk “Lip Eng gesa polis siasat kenyataan Tuan Ibrahim berunsur perkauman”.

Artikel bertarikh 13 September 2024 itu antaranya melaporkan Lip Eng membuat laporan polis terhadap Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.

“Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa, kalau setiap kaum cakap bahasa dia akan timbul buruk sangka sebab tak faham dia cakap apa. Orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham jadi akan timbul buruk sangka.

“Kenyataan beliau bukan sahaja tidak tepat, malah berunsur perkauman dan berpotensi memecah belah masyarakat pelbagai kaum dalam negara,” kata Lip Eng dipetik media tempatan menerusi laporan polis dibuat pada Jumaat.

Menerusi jawapan balas, Tuan Ibrahim menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen dari DAP itu yang menyatakan beliau menghasut sebagai tidak faham akan kenyataan dikeluarkannya.

Beliau berkata kenyataannya itu merujuk kepada isu perpaduan yang berlaku disebabkan banyak faktor iaitu salah satu faktor besar adalah bahasa, di mana apabila kita bercakap dengan bahasa tidak difahami rakan kita, ia akan timbulkan syak wasangka.

Foto: Tangkap layar hantaran Lukman di Facebook.

Mengulas lanjut, Lukman berkata adalah menjadi ‘basic decency’ (kesopanan asas) apabila bahasa difahami semua pihak digunakan dalam perbualan melibatkan kaum berbeza (penutur bahasa berbeza) sebagai tanda hormat menghormati.

“Mana-mana orang yang mahu mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan tidak patut diancam dengan apa-apa tindakan. 

“Apabila terdapat pelbagai kaum bersama kita, kita patut guna bahasa yang saling memahami untuk menghormati yang ada di situ. Ini basic decency dan dalam keadaan sedemikian kita patut guna BM sebab ini bahasa kebangsaan yang semua boleh faham. 

“Takkan kata begini pun salah dan masuk dalam kategori 3R. Isu 3R ni saya nampak cuba menyekat kebebasan bersuara dengan wenangnya. Dah jadi arbitrari,” kata Lukman. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *