Antarabangsa
Imbasan menakutkan dedah risiko bahaya daging babi
Bahaya memakan daging babi tidak dimasak sempurna didedahkan melalui satu imbasan tubuh mengerikan menunjukkan jangkitan parasit pada tubuh melalui daging tercemar.
- Bahaya memakan daging babi tidak dimasak sempurna didedahkan melalui satu imbasan mengerikan menunjukkan jangkitan parasit pada tubuh melalui daging tercemar.
- Doktor penjagaan kecemasan dari Universiti Florida, Dr Sam Ghali berkongsi di media sosial imej seorang pesakit dengan tanda-tanda jelas jangkitan parasit dikenali sebagai sistiserkosis.
- Sistiserkosis berlaku apabila larva spesies cacing pita masuk ke dalam tisu seperti otot atau otak.
- Larva ini membentuk sista (ketumbuhan) keras yang terkalsifikasi (calcified) dan boleh dirasakan seperti ketulan di bawah kulit, serta kelihatan sebagai nodul bujur putih seperti ‘butir nasi’ dalam imbasan perubatan.
- Penularan itu berlaku terutamanya apabila orang dijangkiti tidak mencuci tangan dengan betul selepas menggunakan tandas, walaupun telur-telur itu juga boleh tersebar melalui air dicemari najis.
Bahaya memakan daging babi tidak dimasak sempurna didedahkan melalui satu imbasan tubuh mengerikan menunjukkan jangkitan parasit pada tubuh melalui daging tercemar.
Doktor penjagaan kecemasan dari Universiti Florida, Dr Sam Ghali berkongsi di media sosial imej seorang pesakit dengan tanda-tanda jelas jangkitan parasit dikenali sebagai sistiserkosis.
Sistiserkosis berlaku apabila larva spesies cacing pita masuk ke dalam tisu seperti otot atau otak.
Larva ini membentuk sista (ketumbuhan) keras yang terkalsifikasi (calcified) dan boleh dirasakan seperti ketulan di bawah kulit serta kelihatan sebagai nodul (bonjolan) bujur putih seperti ‘butir nasi’ dalam imbasan.
Walaupun tidak menyenangkan, secara umumnya ia tidak berbahaya kerana larva tidak boleh hidup di luar usus. Namun, ketumbuhan ini boleh menyebabkan masalah jika ia berkembang di otak.
Cacing pita yang bertanggungjawab terhadap jangkitan ini memasuki tubuh manusia melalui pengambilan telurnya.
Telur-telur ini boleh ditemui dalam daging babi yang tidak dimasak sempurna dan boleh berkembang menjadi cacing pita dewasa di dalam usus manusia tetapi ini sahaja tidak menyebabkan sistiserkosis secara langsung.
Sebaliknya, sistiserkosis berlaku apabila orang yang dijangkiti menyebarkan telur cacing pita kepada orang lain melalui najis mereka.
“Sangat penting untuk diperhatikan bahawa hanya apabila telur-telur ini ditelan melalui penularan fecal-oral, seseorang boleh mengalami sindrom klinikal yang dikenali sebagai sistiserkosis,” kata Dr Ghali di X dipetik Daily Mail pada Selasa lalu.
Penularan itu berlaku terutamanya apabila orang dijangkiti tidak mencuci tangan dengan betul selepas menggunakan tandas, walaupun telur-telur itu juga boleh tersebar melalui air dicemari najis. – The Merdeka Times