Connect with us

Terkini

Dibesarkan keluarga anti-Islam, gadis Perancis tetap peluk Islam

Seorang gadis Perancis berusia 19 tahun tetap memeluk Islam walaupun membesar dalam kalangan ahli keluarga yang anti-Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gadis Perancis yang memeluk Islam, Emma (kiri) & Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Gadis bernama Emma itu menyifatkan ‘hidayah’ yang diterima beliau adalah satu hadiah daripada Allah kerana sebelum ini beliau dibesarkan tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti-Islam.
  • Ibu bapa dan ahli keluarganya juga dikatakan berhaluan kanan dan amat anti-Islam di mana  ketika gadis berusia 19 tahun itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam ia ditentang keras mereka.
  • Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos (sosial media) dan mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga dan masyarakat Perancis) benci Islam?
  • “Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri,” katanya ketika ditanyakan apakah yang berlaku hinggakan beliau yang berasal dari Paris itu dan mempunyai ibu bapa berhaluan kanan serta sangat anti-Islam memilih memeluk Islam.
  • Kisah pengislaman Emma itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau hari ini selepas gadis terbabit hadir ke pejabat Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Seorang gadis Perancis berusia 19 tahun tetap memeluk Islam walaupun membesar dalam kalangan ahli keluarga yang anti-Islam.

Gadis bernama Emma itu menyifatkan ‘hidayah’ yang diterima beliau adalah satu hadiah daripada Allah kerana sebelum ini beliau dibesarkan tanpa sebarang pegangan agama di Perancis yang sangat anti-Islam.

Malah, ibu bapa dan ahli keluarganya juga dikatakan berhaluan kanan dan amat anti-Islam di mana  ketika beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam ia turut ditentang keras mereka.

Namun entah kenapa saya tidak terfikir langsung tentang agama lain tetapi hanya terfikir tentang Islam. Saya membaca buku, mendengar kuliah di medsos (sosial media) dan mengkaji tentang Islam. Kenapa mereka (ahli keluarga dan masyarakat Perancis) benci Islam?

“Akhirnya apa yang saya jumpai sangat jauh berbeza dengan apa yang mereka (pembenci Islam) beritahu kepada saya. Lalu saya mengucap dua kalimah syahadah sendiri,” katanya ketika ditanyakan apakah berlaku hinggakan beliau yang berasal dari Paris itu dan mempunyai ibu bapa berhaluan kanan serta sangat anti-Islam memilih memeluk Islam.

Kisah pengislaman Emma itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau hari ini selepas gadis terbabit hadir ke pejabat Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada Rabu.

Firdaus Wong yang juga pengasas NGO MRM berkata, pihaknya membantu Emma untuk mendaftarkan pengislaman beliau dan gadis muda itu turut menyatakan hasrat ingin meneruskan pembelajaran agama Islam di negara ini.

“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Allah tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Tanpa dakwah, membesar dalam suasana anti Islam tetapi Allah tetap kurniakan hidayah buat Emma.

“Sesungguhnya benar bahawa Islam hanya buat mereka yang ikhlas, berfikir, rasional dan berani,” kata Firdaus Wong yang turut memuat naik gambar beliau bersama Emma di MRM. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *