Connect with us

Terkini

7 daripada 10 rakyat Malaysia mahu media sosial diharamkan bagi kanak-kanak bawah 14 tahun

Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu penggunaan media sosial diharamkan bagi kanak-kanak berusia bawah 14 tahun, kedudukan kedua tertinggi selepas Indonesia dalam satu kaji selidik terkini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia berdasarkan kaji selidik syarikat penyelidikan pasaran global, Ipsos yang dikeluarkan September 2024, mendapati 71 peratus daripada responden Malaysia bersetuju kanak-kanak bawah 14 tahun perlu dilarang menggunakan media sosial di dalam dan luar sekolah, manakala Indonesia di kedudukan pertama dengan 79 peratus.
  • 51 peratus rakyat Malaysia bersetuju kanak-kanak dalam lingkungan umur sama perlu dilarang menggunakan telefon pintar di dalam dan di luar sekolah, manakala 29 peratus bersetuju mereka juga harus dilarang menggunakan ChatGPT.
  • Kaji selidik bertajuk ‘Malaysians’ opinions on technology in education’ itu adalah berdasarkan temu bual dengan lebih 23,754 individu dewasa dalam talian di bawah umur 75 tahun di 30 negara, yang dijalankan dari 21 Jun hingga 5 Julai tahun ini.

KUALA LUMPUR — Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu penggunaan media sosial diharamkan bagi kanak-kanak berusia bawah 14 tahun, kedudukan kedua tertinggi selepas Indonesia dalam satu kaji selidik terkini.

Manakala rakyat Singapura didapati kurang penentangan terhadap penggunaan media sosial, telefon pintar dan ChatGPT oleh kelompok kanak-kanak.

Kaji selidik syarikat penyelidikan pasaran global, Ipsos yang dikeluarkan September 2024 mendapati 71 peratus daripada responden Malaysia bersetuju kanak-kanak bawah 14 tahun perlu dilarang menggunakan media sosial di dalam dan luar sekolah, manakala Indonesia mencatatkan 79 peratus.

Ia juga mendapati 51 peratus rakyat Malaysia bersetuju kanak-kanak dalam lingkungan umur sama perlu dilarang menggunakan telefon pintar di dalam dan di luar sekolah, manakala 29 peratus bersetuju mereka juga harus dilarang menggunakan ChatGPT.

Kaji selidik bertajuk ‘Malaysians’ opinions on technology in education’ itu adalah berdasarkan temu bual dengan lebih 23,754 individu dewasa dalam talian di bawah umur 75 tahun di 30 negara, yang dijalankan dari 21 Jun hingga 5 Julai tahun ini.

Mengenai tanggungjawab mengajar celik digital dan topik keselamatan dalam talian, tinjauan mendapati 56 peratus rakyat Malaysia percaya guru dan sekolah harus memikul tanggungjawab itu, manakala 39 peratus bersetuju tanggungjawab itu terletak kepada ibu bapa.

Kaji selidik itu mendapati rakyat Malaysia yakin kualiti pendidikan negara semakin bertambah baik, tetapi kurang separuh menganggapnya sebagai satu sistem kualiti yang baik iaitu 44 peratus rakyat Malaysia menilai kualiti keseluruhan sistem pendidikan di negara ini sebagai baik, manakala 25 peratus lagi menganggap sebaliknya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada April lalu mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ini kerana MCMC mendapati kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan kelompok itu memiliki akaun media sosial.

“Kepada parents (ibu bapa) yang hadir pada malam ini, saya beri amaran daripada MCMC, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *