Connect with us

Antarabangsa

Yahya Sinwar dilantik sebagai Ketua Hamas

Kumpulan pembebasan Palestin Hamas pada Selasa melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharunya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Ketua politik baharu Hamas, Yahya Sinwar.
  • Kumpulan pembebasan Palestin Hamas pada Selasa melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharunya.
  • Sinwar akan menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai lalu, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di saluran Telegram.
  • Hamas dan Iran menuduh Israel membunuh Haniyeh tetapi Tel Aviv belum menafikan atau mengesahkan perkara itu, lapor agensi berita Anadolu.
  • “Pilihan Hamas mengangkat Sinwar sebagai pemimpinnya menghantar mesej dengan implikasi penting yang diarahkan kepada musuh (Israel) dan sekutunya,” kata Pegawai Kanan Hamas, Sami Abu Zuhri kepada Anadolu.
  • Menurut badan penyiaran awam Israel, KAN pada lewat Selasa, pelantikan Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik Hamas adalah satu kejutan dan mesej kepada Israel bahawa dia masih hidup.

Kumpulan pembebasan Palestin Hamas pada Selasa melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharunya.

Sinwar akan menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai lalu, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di saluran Telegram.

Hamas dan Iran menuduh Israel membunuh Haniyeh tetapi Tel Aviv belum menafikan atau mengesahkan perkara itu, lapor agensi berita Anadolu.

“Pilihan Hamas mengangkat Sinwar sebagai pemimpinnya menghantar mesej dengan implikasi penting yang diarahkan kepada musuh (Israel) dan sekutunya,” kata Pegawai Kanan Hamas, Sami Abu Zuhri kepada Anadolu.

Menurut badan penyiaran awam Israel, KAN pada lewat Selasa, pelantikan Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik Hamas adalah satu kejutan dan mesej kepada Israel bahawa dia masih hidup.

Wartawan hal ehwal Arab untuk KAN News, Roi Kais dalam program berita petang semalam berkata “sebenarnya, ini (pemilihan Sinwar) adalah kejutan hanya seminggu selepas pembunuhan Haniyeh”.

Kais percaya pelantikan Sinwar merupakan “mesej daripada Hamas bahawa dia masih hidup walaupun dalam buruan Israel dan kepimpinan Hamas di Gaza kukuh dan berhasrat untuk kekal berkuasa”.

Sebelum pelantikannya, Sinwar telah dipilih sebagai ketua pergerakan itu di Gaza pada 2017 dan dipilih semula pada 2021.

Sinwar adalah pemimpin Hamas yang paling dikehendaki rejim zionis Israel dengan Tel Aviv menuduhnya merancang serangan rentas sempadan pada 7 Oktober tahun lalu yang menyebabkan Israel melancarkan serangan di Gaza yang telah membunuh lebih 39,600 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *