Antarabangsa
(VIDEO) Video Olimpik Iran hentam atlet Israel
Saluran televisyen Iran, Ofogh menyiarkan klip video seorang ahli sukan Israel disapukan darah pada bajunya oleh sekumpulan atlet lain, lapor Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI) dan Jewish News Syndicate (JNS) minggu lalu.
Saluran televisyen Iran, Ofogh menyiarkan klip video seorang ahli sukan Israel disapukan darah pada bajunya oleh sekumpulan atlet lain, lapor Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI) dan Jewish News Syndicate (JNS) minggu lalu.
Jerusalem Post pada Sabtu melaporkan mengenai video yang menunjukkan tindakan dilakukan semua atlet berpakaian sukan angkat berat yang pada awalnya berjabat tangan dengan atlet Israel terbabit.
JNS melaporkan video itu ditayangkan pada 8 Ogos lalu semasa siaran Olimpik, namun MEMRI melaporkan mengenai video itu lebih awal pada Selasa.
Video itu menggambarkan seorang lelaki berpakaian sukan dengan tatu menorah (tapak kaki lilin bercabang tujuh) di pangkal lehernya, berjalan sambil berjabat tangan dengan atlet-atlet lain.
Setelah berjabat tangan, atlet pesaing negara lain yang menyentuh tangannya dilihat meneliti tangan mereka penuh kebingungan menimbulkan tanda tanya ramai.
Setelah atlet Israel itu menyarung sweater putihnya dalam satu babak di bilik lokar, video tersebut menunjukkan atlet Israel itu mula dikerumuni atlet-atlet lain.
Mereka yang mengerumuninya kemudian bertindak mengelap sweater putihnya dengan ‘memulangkan’ semula kesan merah pada tangan mereka yang kelihatan seperti darah.
Dalam babak terakhir video, satu babak dekat menunjukkan tangan atlet dengan bendera Israel itu berlumuran darah, memberikan gambaran kepada penonton simbolik pembunuhan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin yang masih belum dihentikan pada ketika ini.
Setakat ini, Iran dan Yaman merupakan sebilangan kecil negara yang menyatakan tentangan keras ke atas tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim zionis Israel ke atas Gaza.
Negara-negara lain, termasuk negara Arab, hanya berpeluk tubuh dan terus bercakap tentang meja rundingan dan gencatan senjata yang masih gagal dicapai.
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 39,790 warga Palestin terbunuh dan 92,002 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times
View this post on Instagram