Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera zionis liwat tahanan Palestin hingga rektum koyak, usus pecah

Channel 12 Israel mengeluarkan video memaparkan tahanan warga Palestin didera secara seksual oleh tentera rejim zionis hingga rektum koyak dan usus pecah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar video memaparkan tahanan warga Palestin didera secara seksual oleh tentera rejim zionis.

Channel 12 Israel mengeluarkan video memaparkan tahanan warga Palestin didera secara seksual oleh tentera rejim zionis hingga rektum koyak dan usus pecah.

Rakaman dikeluarkan Channel 12 Israel diambil daripada bukti penyiasatan dengan rakaman rakyat Palestin ditahan terbaring di atas lantai dengan tangan dan mata ditutup.

Sekumpulan askar simpanan kemudian dilihat mengenepikan salah seorang tahanan dan menyembunyikan tindakan meliwatnya ditutupi perisai rusuhan oleh rakan tenteranya.

Mangsa dibawa ke hospital lapangan di Sde Teiman dengan “usus pecah, kecederaan teruk pada duburnya, kerosakan paru-paru dan tulang rusuk patah,” demikian menurut laporan media.

MEE melaporkan akhir bulan lalu, sembilan tentera simpanan Israel ditangkap kerana didakwa merogol seorang warga Palestin ditahan di Sde Teiman, sebuah fasiliti tahanan di padang pasir Negev, selatan Israel.

Sejak perang Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober tahun lalu, ramai rakyat Palestin yang ditahan tentera Israel berkata mereka didera secara seksual oleh tentera rejim di Sde Teiman.

Namun tiada penangkapan berlaku sehingga 29 Julai lalu apabila polis tentera menyerbu kemudahan itu, berbalah dengan tentera dan membawa pergi tentera simpanan terbabit untuk ditahan.

Mahkamah Tinggi Israel pada 15 Julai lalu dilaporkan mengeluarkan perintah bersyarat untuk menutup Sde Teiman sebagai tindak balas kepada laporan penderaan di fasiliti itu.

Perintah mahkamah meminta penjelasan “mengapa fasiliti tahanan Sde Teiman tidak dikendalikan mengikut syarat-syarat ditetapkan dalam undang-undang mengawal tahanan penentang yang menyalahi undang-undang”.

Siasatan Middle East Eye, CNN dan New York Times menemukan pelbagai contoh insiden penderaan meluas di pusat tahanan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *