Antarabangsa
(VIDEO) Tentera perogol dijulang seperti ‘hero’ di TV Israel
Tentera rejim zionis Israel yang meliwat dan menyiksa tahanan warga Palestin terus mendapat perhatian media Israel dan dijulang seperti ‘hero’, seolah-olah mempertahankan tindakan keji tentera itu di khalayak ramai.
Tentera rejim zionis Israel yang meliwat dan menyiksa tahanan warga Palestin terus mendapat perhatian media Israel dan dijulang seperti ‘hero’, seolah-olah mempertahankan tindakan keji tentera itu di khalayak ramai.
Individu pelaku jenayah itu pada mulanya bertopeng dan dijemput saluran TV Channel 14 Israel yang muncul mempertahankan tindakan jenayah rogol dilakukan unit tenteranya.
Rancangan itu kemudiannya disusuli tindakan individu itu menyiarkan video dirinya membuka topeng dipakainya dan menyiarkan video tersebut di media sosial.
Ia disusuli tindakan penjelasan dirinya bangga terhadap unit tenteranya dan mempertahankan tindakan penyiksaan serta jenayah rogol ke atas rakyat Palestin selain mula mendapat undangan saluran TV lain.
MEE turut melaporkan bahawa liputan TV Israel juga menuntut ‘kepala’ individu yang menyebarkan video seksaan itu dibocorkan kerana pelakunya dianggap ‘pengkhianat’ di sisi mereka.
Channel 12 Israel sebelum ini mengeluarkan video memaparkan tahanan warga Palestin didera secara seksual oleh tentera rejim zionis hingga rektum koyak dan usus pecah.
Pada 29 Julai lalu, sembilan askar Israel dari unit Force 100 ditangkap atas kesalahan penderaan seksual apabila polis tentera menyerbu pusat tahanan Sde Teiman dan membawa mereka ke dalam tahanan sebelum sebahagian mereka mula dibebaskan. – The Merdeka Times
View this post on Instagram