Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Mereka tidak pukul atau potong rambut saya – bekas tahanan warga Israel di Gaza

Seorang bekas tahanan wanita warga Israel di Gaza menafikan dakwaan laporan mengatakan beliau dipukul dan rambutnya dipotong semasa dalam tahanan Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: bekas tahanan wanita warga Israel di Gaza, Noa Argamani.

Seorang bekas tahanan wanita warga Israel di Gaza menafikan dakwaan laporan mengatakan beliau dipukul dan rambutnya dipotong semasa dalam tahanan Hamas.

Noa Argamani yang baru-baru ini dibebaskan dari tahanan di Gaza menegaskan beliau tidak dipukul dan rambutnya tidak dipotong, sekali gus menyangkal maklumat salah disebarkan media Israel, lapor agensi berita Anadolu.

“Saya tidak boleh mengabaikan apa yang sedang berlaku di media di sini dalam tempoh 24 jam yang lalu, perkara ini telah diambil di luar konteks.

“Mereka (Palestin) tidak memukul saya dan tidak memotong rambut saya. Saya berada di dalam sebuah bangunan (di Gaza) yang diletupkan oleh Tentera Udara (Israel),” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Argamani menjelaskan kenyataan beliau sebenarnya berbunyi; “Pada hujung minggu ini, selepas tembakan, seperti yang saya katakan, saya mengalami luka di seluruh kepala, dan cedera di seluruh badan saya.

“Saya menegaskan bahawa mereka (Palestin) tidak memukul saya, tetapi saya cedera di seluruh badan akibat runtuhan bangunan yang menimpa saya,” katanya.

Merujuk kepada permulaan konflik bermulanya serangan pada tahun lepas, beliau turut menyatakan pendiriannya yang tidak mahu menjadi mangsa kepada mana-mana pihak.

“Sebagai mangsa pada 7 Oktober, saya tidak akan membenarkan diri saya sekali lagi menjadi mangsa media,” kata Argamani merujuk kepada kenyataannya kepada diplomat Jepun di Tokyo pada Khamis.

Beliau berkata media Israel menyalah tafsir keterangannya dengan mendakwa dia dipukul dan rambutnya dipotong semasa dalam tahanan di Gaza.

Tentera Israel pada 8 Jun berjaya membebaskan empat tahanan, termasuk Argamani, dalam satu operasi khas di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Menurut badan penyiaran awam Israel KAN, 109 tebusan Israel masih berada di Gaza di mana 36 daripada mereka dipercayai maut.

Israel melancarkan serangan genosid ke atas Gaza selepas serangan balas Hamas pada 7 Oktober tahun lalu dan ia diteruskan selama lebih 10 bulan walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru gencatan senjata diadakan serta-merta.

Serangan itu mengakibatkan lebih 40,200 kematian rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta lebih 93,000 kecederaan, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *