Antarabangsa
(VIDEO) Insiden serangan pisau, penunjuk perasaan anti-Islam terus serang polis dalam rusuhan terburuk UK
Penunjuk perasaan berhaluan kanan anti-Islam menyerang sekurang-kurangnya dua hotel yang menempatkan pemohon suaka ketika United Kingdom (UK) bergelut dengan rusuhan terburuk negara itu dalam 13 tahun.
Penunjuk perasaan berhaluan kanan anti-Islam menyerang sekurang-kurangnya dua hotel yang menempatkan pemohon suaka ketika United Kingdom (UK) bergelut dengan rusuhan terburuk negara itu dalam 13 tahun.
Al Jazeera pada Ahad melaporkan ratusan penunjuk perasaan berkumpul berhampiran hotel Holiday Inn Express yang menempatkan pemohon suaka berhampiran utara bandar Rotherham.
Pemprotes bertindak membaling batu bata ke arah polis dan memecahkan beberapa tingkap hotel sebelum bertindak membakar tong sampah.
Badan penyiaran UK, Sky News menunjukkan rakaman barisan pegawai polis dengan perisai berdepan serangan pelbagai objek, termasuk serpihan kayu, kerusi dan alat pemadam api, dalam usaha menghalang perusuh yang kebanyakannya bertopeng daripada memasuki hotel tersebut.
Kekacauan itu tercetus ekoran maklumat palsu berkenaan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan dalam serangan tikaman yang mengejutkan United Kingdom.
Rusuhan melibatkan ratusan penunjuk perasaan haluan kanan anti-imigran meletus di beberapa bandar dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas tersebarnya maklumat palsu di media sosial bahawa suspek dalam serangan pisau pada Isnin lalu di kelas tarian kanak-kanak di Southport dikatakan adalah seorang imigran Muslim.
Polis menyatakan bahawa suspek, Axel Rudakubana, 17, dilahirkan di Cardiff, Wales, tetapi pemprotes penunjuk perasaan anti-imigran dan anti-Muslim diteruskan sehingga berubah menjadi keganasan dan rusuhan.
Penunjuk perasaan membaling kerusi, nyalaan api dan batu bata ke arah pegawai polis di bandar daerah barat laut Liverpool, manakala ketegangan antara polis dan penunjuk perasaan tercetus berdekatan Manchester. – The Merdeka Times
View this post on Instagram