Connect with us

Terkini

Tolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu, Kerajaan digesa henti bantuan kepada SJKC

Kerajaan digesa menghentikan segera bantuan kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) kerana kelompok mewakilinya menentang dan menolak arahan kerajaan berdaulat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pendakwah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Kerajaan digesa menghentikan segera bantuan kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) kerana kelompok mewakilinya menentang dan menolak arahan kerajaan berdaulat.
  • Gesaan itu disuarakan pendakwah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ekoran sembilan institusi pendidikan Cina dilaporkan sebulat suara menolak inisiatif KPM menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.
  • Ridhuan Tee berkata adalah sesuatu menghairankan ketika kerajaan berusaha menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di semua sekolah bagi tujuan murni dan semua rakyat tidak seharusnya didiskriminasikan dengan bahasa dan dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, namun ada NGO pendidikan Cina bertegas menolaknya.
  • Apakah istimewa sangat SJKC sehingga kerajaan berdaulat boleh tunduk kepada desakan mereka, sedangkan segala bantuan diberikan sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti sekolah aliran kebangsaan yang lain? Hatta, bantuan seperti tidak diterima oleh sekolah agama rakyat, yang hidup segan, mati tak mahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • “Jika beginilah keadaan ini kerajaan mesti menghentikan semua bantuan dan kemudahan yang diberikan di SJKC, terutama mendirikan SJKC, menambahkan lagi bilangan SJKC, gaji guru-gurunya, dan segala bantuan lain melibatkan billion ringgit,” kata Ridhuan Tee.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menghentikan segera bantuan kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) kerana kelompok mewakilinya menentang dan menolak arahan kerajaan berdaulat.

Gesaan itu disuarakan pendakwah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ekoran sembilan institusi pendidikan Cina dilaporkan sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Ridhuan Tee berkata adalah sesuatu menghairankan ketika kerajaan berusaha menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di semua sekolah bagi tujuan murni dan semua rakyat tidak seharusnya didiskriminasikan dengan bahasa dan dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, namun ada NGO pendidikan Cina bertegas menolaknya.

Foto: Antara tangkap layar hantaran Ridhuan Tee di Facebook.

Beliau berkata penolakan sedemikian bukan sesuatu mengejutkan kerana selama ini, apa jua dasar kerajaan untuk melakukan penambahbaikan berkaitan Bahasa Melayu di SJKC, NGO-NGO Cina akan dengan tegas menentangnya.

Katanya, ini kerana pihak terbabit tidak mahu murid Cina disusahkan dengan subjek Bahasa Melayu yang dilihat akan menjejaskan pembelajaran bahasa Cina dan mereka tidak kisah sekiranya anak-anak ini tidak boleh berbahasa Melayu.

Apakah istimewa sangat SJKC sehingga kerajaan berdaulat boleh tunduk kepada desakan mereka, sedangkan segala bantuan diberikan sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti sekolah aliran kebangsaan yang lain? Hatta, bantuan seperti tidak diterima oleh sekolah agama rakyat, yang hidup segan, mati tak mahu.

“Sudahlah begitu, selain bantuan kerajaan sepenuhnya, tanah dan bangunan, sekolah ini mendapat bantuan daripada agensi luar, syarikat swasta, individu perseorangan bergelar dermawan dan hartawan Cina. 

“Ini belum termasuk syarikat judi dan arak yang menaburkan bantuan mereka ke SJKC,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

The Merdeka Times pada Selasa memetik China Press melaporkan sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif KPM menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan sebagai berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukan Bahasa Melayu.

Lek Aee berkata Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.

“Institusi pendidikan Cina ini yang begitu lantang menentang ini, sepatutnya sudah lama diharamkan, seperti Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina UTAR, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar SJKC Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.

“Jika beginilah keadaan ini kerajaan mesti menghentikan semua bantuan dan kemudahan yang diberikan di SJKC, terutama mendirikan SJKC, menambahkan lagi bilangan SJKC, gaji guru-gurunya, dan segala bantuan lain melibatkan billion ringgit,” katanya. —- The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *