Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel bom depot senjata Hizbullah di Lubnan

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 20 cedera dalam serangan rejim zionis Israel di Lembah Bekaa, timur Lubnan sekitar tengah malam semalam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 20 cedera dalam serangan rejim zionis Israel di Lembah Bekaa, timur Lubnan sekitar tengah malam semalam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
  • Kementerian itu dipetik Al Jazeera sebagai berkata seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala “lapan kanak-kanak dan seorang wanita hamil mengalami kecederaan sederhana”.
  • Terdahulu, agensi berita Reuters melaporkan serangan Israel pada petang Isnin menyasarkan depot senjata Hizbullah di timur Lembah Bekaa, Lubnan.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 20 cedera dalam serangan rejim zionis Israel di Lembah Bekaa, timur Lubnan sekitar tengah malam semalam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Kementerian itu dipetik Al Jazeera sebagai berkata seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala “lapan kanak-kanak dan seorang wanita hamil mengalami kecederaan sederhana”.

Sumber dari sebuah hospital tempatan memberitahu agensi berita AFP bahawa lima kanak-kanak, kesemuanya berusia di bawah 10 tahun dan daripada keluarga yang sama, turut cedera.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas satu serangan rejim Israel, membunuh empat pejuang Hizbullah di selatan Lubnan.

Hizbullah berkata mereka melancarkan “dron yang sarat dengan bahan letupan” dan “serangan roket intensif” ke beberapa posisi Israel di Bukit Golan yang diduduki, sebagai tindak balas terhadap serangan pada malam Isnin di Lembah Bekaa.

Terdahulu, agensi berita Reuters melaporkan serangan Israel pada petang Isnin menyasarkan depot senjata Hizbullah di timur Lembah Bekaa, Lubnan.

“Susulan serangan itu, letupan susulan dikenal pasti, menunjukkan kehadiran sejumlah besar senjata di kemudahan itu,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *