Antarabangsa
Sami pelampau Hindu seru keganasan ke atas Muslim di India
Seorang sami Hindu di Balotra, Rajasthan, India mencetuskan kemarahan dengan menyampaikan kenyataan berbaur hasutan terhadap komuniti Muslim, dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan ketegangan antara kaum.
- Seorang sami Hindu di Balotra, Rajasthan, India mencetuskan kemarahan dengan menyampaikan kenyataan berbaur hasutan terhadap komuniti Muslim, dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan ketegangan antara kaum.
- Kenyataan kebencian anti-Muslim itu dinyatakan pada Sabtu lalu ketika sami itu berucap dalam satu perhimpunan besar.
- Beliau merujuk Muslim sebagai “syaitan” dan “kanibal” sambil membuat seruan terbuka tindakan keganasan besar-besaran terhadap mereka, lapor Siasat Daily dipetik Clarion India.
- “Jika mereka (Muslim) membunuh seorang Hindu, kita akan membunuh 100 Muslim. Kita akan masuk ke rumah mereka dan membunuh mereka,” kata sami itu.
- Sami itu juga mencetuskan teori konspirasi berbahaya dengan dakwaan palsu bahawa seruan azan, iaitu panggilan solat bagi Muslim, adalah amaran supaya penganut Hindu dibunuh.
Seorang sami Hindu di Balotra, Rajasthan, India mencetuskan kemarahan dengan menyampaikan kenyataan berbaur hasutan terhadap komuniti Muslim, dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan ketegangan antara kaum.
Kenyataan kebencian anti-Muslim itu dinyatakan pada Sabtu lalu ketika sami itu berucap dalam satu perhimpunan besar.
Beliau merujuk Muslim sebagai “syaitan” dan “kanibal” sambil membuat seruan terbuka tindakan keganasan besar-besaran terhadap mereka, lapor Siasat Daily dipetik Clarion India.
Dalam sebuah video yang tersebar di media sosial, sami itu dilihat berucap kepada orang ramai yang memegang bendera “Tricolour” (bendera India) dan safron.
“Jika mereka (Muslim) membunuh seorang Hindu, kita akan membunuh 100 Muslim. Kita akan masuk ke rumah mereka dan membunuh mereka,” kata sami itu.
Sami itu juga mencetuskan teori konspirasi berbahaya dengan dakwaan palsu bahawa seruan azan, iaitu panggilan solat bagi Muslim, adalah amaran supaya penganut Hindu dibunuh.
Perhimpunan itu ditamatkan dengan acara sumpah bagi menyedarkan masyarakat Hindu dan memberi pengajaran kepada orang Islam.
Retorik dan kenyataan kebencian terhadap komuniti minoriti, yang merangkumi 14.2 peratus daripada populasi India, berlaku ketika negara itu menyaksikan peningkatan membimbangkan dalam keganasan anti-minoriti yang sering dilakukan kumpulan pelampau Hindu. – The Merdeka Times