Antarabangsa
Putera Mahkota Saudi bimbang ‘dibunuh’ akibat normalisasi dengan Israel – Politico
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dilaporkan bimbang dibunuh atas usahanya menormalisasikan hubungan kerajaan itu dengan Israel.
- Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dilaporkan bimbang terhadap kemungkinan menjadi sasaran pembunuhan atas usahanya menormalisasikan hubungan kerajaan itu dengan Israel.
- Politico melaporkan perkara ini dalam sebuah kolum diterbitkan pada Rabu, memetik perbualan terkini Putera Mahkota itu dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS).
- “Putera Saudi menyebut kepada anggota Kongres bahawa beliau sedang mempertaruhkan nyawanya dengan mengejar perjanjian besar dengan AS dan Israel yang merangkumi normalisasi hubungan Saudi-Israel,” demikian laporan rencana itu dipetik PressTV.
- “Sekurang-kurangnya pada satu kesempatan, beliau menyebut (nama) Anwar Sadat, pemimpin Mesir yang dibunuh selepas membuat perjanjian damai dengan Israel dan bertanyakan mengenai tindakan AS untuk melindungi Sadat,” tambahnya.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dilaporkan bimbang dibunuh atas usahanya menormalisasikan hubungan kerajaan itu dengan Israel.
Politico melaporkan perkara ini dalam sebuah kolum diterbitkan pada Rabu, memetik perbualan terkini Putera Mahkota itu dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS).
“Putera Saudi menyebut kepada anggota Kongres bahawa beliau sedang mempertaruhkan nyawanya dengan mengusahakan perjanjian besar bersama AS dan Israel yang merangkumi normalisasi hubungan Saudi-Israel,” demikian laporan rencana itu dipetik PressTV.
“Sekurang-kurangnya pada satu kesempatan, beliau menyebut (nama) Anwar Sadat, pemimpin Mesir yang dibunuh selepas membuat perjanjian damai dengan Israel dan bertanyakan mengenai tindakan AS untuk melindungi Sadat,” tambahnya.
Pada 2020, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menandatangani perjanjian normalisasi diusahakan AS dengan Israel.
Washington dilaporkan berusaha memasukkan Riyadh dalam senarai yang dilihat sebagai satu usaha memperkukuhkan sokongan serantau terhadap sekutu rapatnya, Tel Aviv. – The Merdeka Times